Monday 16 September 2013

Sah as Husband and Wife =)

11.08 p.m
2 weeks and 3 days ago..
Yayam n Babam disatukan dengan sekali lafaz!!!
n now! no more Yayam n Babam..
Now, I call him Abg n he call me Ayg..
Cuuweeetttt~ ahahaha
Mule2 asik sasul je.. n kekok..
Lame2 dah biase..
n I luvvvv calling him "Abangg...."
anje x? anje x? hehehee..
Sile jangan geli dan tukar siaran anda.. ahaha

Ok, Kawen sekali.
Mak over time ni je la uolsss..

kenape cepat sgt?? Bukan bulan 10?

Well.. well..
Kita hanya mampu merancang..
Allah yang tentu kan..
Nak dipendekkan cerita
Tok Kadi kami dapat panggilan haji.
Nak tak nak, nikah la awal..
Alhamdullilah.. jodoh di tangan Allah..
Dengan sekali lafaz, Saya menjadi Isteri Nurdin =)


Ensem x? Ensem x? huhu..
Running out of time.. later update pic yang lain..
Ni la Suami Yam Yang Sangat Hensem Di hati Di mata Di mana2..hehe
I luv u Abang!

Thursday 4 July 2013

Rasa Hati Yang Tertekan

10.44p.m
di hall..
berwassapan dgn BFF
berkongsi cerita progress perkahwinan
Oh hoi.. aku dan BFF akan berkahwin tahun yg sama
Kami memilih haluan sendiri.
Berpijak di kaki sendiri. Bercerita hal sendiri.
Tiada lagi "Oi, jom lepak sama."
Tiada lagi cokelat free dari BFF.
Kali ini. bermula episode hidup bersama pasangan masing2.
Itu yang kami pilih.

Itu cerita lain.

Kepala aku serabut. Kusut. Pening. Sakit Kepala.
Apa yang tertulis adalah kata kata "negative"
Yang pasti.
Aku letih.
Belum hilang penat bekerja, aku disogok dgn masalah yang lain.
Terkadang aku terfikir
seronok nya mereka - mereka itu
menari nari di atas pentas dengan girang nya
Kenapa tidak aku?

Budak - budak berpeleseran serupa tiada mak bapak
gembira nya hati mereka
mereka menghiburkan hati mereka
seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku

Mereka keluar malam. Lepak hingga tengah malam.
Serupa tiada siapa yang ambil tahu.
Tiada siapa mengganggu.
Arghhh.. aku x kacau kau.. 
jangan kacau aku
Kata mereka

Mereka bersosial sesuka hati

Menonton wayang.
Bermain boling.
Berkelah.
Wall Climbing.
Window shopping.
Tengok bola kat mamak.
Pergi Spa.
Bermain layang-layang.
Mandi sungai.
Reunion.

Lama betul x laku kan aktiviti2 cenggini.
Terlalu busy dengan kerja.
Mencari sesuap nasi buat keluarga.
Bebanan semakin hari semakin bertambah

Merungut?
Aku pon x tahu.
Tulis serupa tiada agama.
Yang pasti.
Aku penat dengan sogokan masalah.
Terasa - rasa mahu di hentakkan sahaja kepala di dinding.
Mahu menjerit sekuat hati
Mahu men'drift' kan kereta selajunya.
Andai mereka memilih mati, 
aku pilih dahulu.
Agar hilang segala masalah.

Seperti aku katakan.
Berkata serupa tiada agama.
Yang pasti.
Ini ujian dari Yang Esa.
Harap aku tabah dan x terpesong dari jalan Nya.

Ya Allah
Aku bersyukur dengan segala yang ada
Ku pohon petunjuk
Ku pohon ringan kan ujianMu
sesungguh aku x berdaya lagi.
menahan derita di hati

Aku tertanya tanya wahai Tuhan Ku
kenapakah aku perlu 
menanggung siksa kesalahan dari orang lain
sedang orang lain yang memilih nya
sedang dia bersuka ria
aku yang tersiksa

Monday 1 July 2013

-_-" malu la


Hehe.. 
Comel x?
 Hehe..
eksaited tetibe.
Hehe..
Stress bile pk macam2..
tp rasa berbaloi bila 
tgk hasil nya..

Tik Tok Tik Tok..
Counting days..

x sabar nak tunggu Kad ni release.
tinggal printing je..
pastu jumpe sahabat handai
sedara mara

Jemput!
Yeay!

En Nurdin.
Terima Kasih sebab hadir dalam hidup saya dan memilih tuk bersama selamanya.
Terima Kasih kerana sudi berkongsi segala - galanya dengan saya
Terima Kasih atas kasih sayang awak berikan pada keluarga saya

Ya Allah
Setinggi- tinggi kesyukuran atas nikmat cinta ini.
Kuatkan hati kami dalam mencintai-Mu
Saling mengingati antara satu sama lain 
di kala susah mahupun senang.

Lindungi la perhubungan ini sehingga ke Jannah. 
Amin Ya Rabb.

Tuesday 21 May 2013

Jang Ok Jung

10.36p.m
Gelak ketawa berdekah2 di hall
Alhamdullilah
masih mampu ketawa ketika ini
Banyak gelak - tak elok tuk hati
Kurang gelak - lebih dekat ngan Allah swt.
ok. Enuff gelak2 berlebihan

Lately ni cam jadi hantu Korea
asal bukak TV je, tekan 393
cite melayu pon x tengok
Berita pukul 8 malam pon dah x tengok
serupa katak bawah tempurung
tapi.... bile Babam tepon time rehat beliau..
Korea di tinggalkan. Hahaha..
Masa tuk bersama adalah sangat berharga
Maka, kualiti masa bersama itu adalah amat penting
walaupun hanya di hujung talian
Dang! jauh pergi ni.

Di pendekkan cerita.
Anak Beranak (Yayam n Mak Cik Ara)
addicted to Korean Dramas
Lepas satu series ke satu series yang lain..

Skarang, I'm going crazy watching Jang Ok Jung
Heroin dier cantik gile
Hero pulak adalah Maharaja..
Klu ikut kan, xde la excited sgt mula2
tapi jalan cite mula menarik
moment2 yang disampaikan amat menyentuh perasaan.

Gara2 episode ke 3 semalam.
Yayam betul2 jadi gila

"Kamu ke sini disebabkan risaukan beta?"
"itu... ya.. erm, selamat tinggal.."
Jang Ok Jung berlalu pergi, tapi sempat di tahan oleh Lee Sun
"Sudikah kamu tinggal bersama ku?"
"Maaf, aku terpaksa pergi ke Qing bersama ibuku."
perlahan2 tangan Jang Ok Jung di lepaskan.
"Andai kata aku x mampu ke Qing, bagaimana aku mahu mencari mu?"
"Nama ku Lee Sun, cari lah aku di istana."
"Aku berjanji, andai kata aku gagal ke Qing, aku pasti ke istana mencari kamu."

Warghhhhhh.. dorang x lafaz kata2 cinta
tapi dari Dialog ni, memasing melahirkan kata2 menginginkan satu sama lainnnn
Jang Ok Jung tak tahu pun Lee Sun ni Maharaja.
Tiap kali 2 ekor ni bersama, Hati Yayam berdebar2, mata ni tertancapppp je kat muke si Lee Sun

Hensem kan? Hensemmmmm sgt..ahaha
 He knows how to deliver the moment
arghhh.. i'm going crazy la camni
Babammmmmm! I'm so sorry.
But I totally in luv wif this guy. wawawawa
Oppa! Oppa!





Monday 13 May 2013

Orang Kaya

menguap2 beberape kali
letih.
arini pergi makan rumah org kawen
dilabelkan org kaya

"Orang Kaya dah mai dah..."
"Hah?"
"Tu die orang kaya kita.."
Aku masih termangu2 tapi tetap bersalaman

Time kelibat nak balik pon begitu..
"Orang Kaya nak balik dah..."
"Hah..?"
Masih confius. apekah?
"Klu makcik tu cakap tu...mulut nye masin.."
"Aminnnn..."
Laju je aku aminkan..
sape x nak

Sepanjang memandu..
'Orang Kaya..? kenape keluar perkataan dari mak cik cenggitu'

Tetibe!
Oh!!!!....

"Dulu dah apply beli uma.. tapi reject.."
"Kenape reject?"
"Sebab dulu x kaya. Sebab tu kene reject.."
"Oooo...skarang ni dah kaya la ni?"
"Kah3.. sebab dah kaya la loan dah approve.."
Gelak guling2 sbb ngaku kaya..

Ape pun.. Alhamdulillah..
Rezeki Allah yang kasi..
x sabar nak kongsi nikmat ni
bersama orang2 tersayang..
Mak.. Babam..
Anak2 nnt.. hik3..
dah berangan ade anak2..
main2 kat laman rumah sendiri..
Angan yang Indah..
InsyaAllah.. Semoga berjalan ngan lancar

x Sabar nye nak kawennn!!
ahahaaha

Saturday 20 April 2013

Cerita "Yayam dan Babam"

10.30p.m
lepaking kat hall..
kipas letak depan2..
biar kene sorg..
tonton tv..

Ati x sedap
x selesa
apekah?
hmm..
6 bulan lagi.. nak kawen..
bersediakah?
I'm worried..

Nak kawen..
x sesenang seperti di lafazkan..
Ini cerita "Hidup dan Mati" bersama
Ini cerita "Susah dan Senang" bersama
Ini cerita "Syurga dan Neraka" dunia

Ini cerita.. "Kami" nanti
Cerita "Yayam dan Babam"

Segalanya akan berubah
dengan sekali lafaz..

Segala dosa dan pahala akan di tanggung oleh bakal suami..
Segala-galanya harus dilakukan bersama
Segala keputusan harus berbincang bersama..

Kenapa perlu risau?
Risau akan ilmu di dada..
Risau tak mampu jalankan anggungjawab seorang isteri dengan sempurna
Risau akan kehidupan akan datang.. yang tak pasti hujung nya..
Risau akan bahagia sekarang.. bahagiakah nanti?


Wahai Tuhan, aku memohon pada Mu kebaikan dan segala kebaikan yang ada padanya dan aku berlindung pada Mu dari keburukan dan segala keburukan yang ada padanya.

Motif berkahwin?
Perkara pertama yang terlintas di kepala kebanyakan orang adalah
"menghalalkan sesuatu perhubungan"
Tetapi skop perkahwinan bukan pada ini sahaja..
Lebih lagi. Sangat Luas.
we learn how to settle thing together..
we figure out how to maintain the relationship.

Yang Pasti
Motif utama adalah "mencari keredhaan Allah"
Aminnnn..

Ya Allah, tetapkan la iman kami, cinta kami, rindu kami
hanya untuk Mu..
Amin Ya Rabb

Monday 8 April 2013

GEMOK - We'll miss you..

1.27p.m
kekenyangan. baru lepas makan nasi + telor dadau + kari daging.
Alhamdulillah.

dok view page "Kami pencinta kucing.."
cuci mata..
nak bela x leh.. tengok je la..
kkdg tu..tumpang kasih kucing jalanan je.
kucing kat kedai makan..
kucing kat uma sedara mara..
pendek kata (pendek yg kata, panjang x ckp pape)
sume kucing org, bukan kucing sendiri..

view punye view..
ternampak satu kucing persis Violet...
rindu nye ngan Violet..
rindu bermanja ngan dier..
berlari2.. bermain bersama..
huhu..
sedih tetibe..

Violet hilang entah ke mana..
Gemok kucing babam plak, meninggal semalam
Tepat pukul 6.30 petang..
telefon berdering..
aku yang dalam keadaan mamai mengangkat telefon
"awak, ade berita penting ni."
"Nape ngan Gemok?"
soalan tu terus kuar sebab mmg dah tahu babam pergi cari klinik haiwan tuk Gemok
Gemok sakit kate nye..
dah 2 -3 hari x makan..
"Gemok dah meninggal wak. Sampai2 rumah je, dier pengsan, kejang n hembus nafas terakhir kat pangkuan mak"
Sedih nyee...
lagi sayu, kekasih hati menahan sebak cerita kat Yayam ni..
nak buat camne..
Ajal Maut sume ketentuan Allah..
kita kena la bersyukur, walaupun Allah dah amik Gemok dari kita,
Allah bagi kesempatan kepada tuk merasa kasih sayang Gemok walau seketika..

note to the account: Gemok akan diingati sampai bila2.. we gonna miss u.. as we miss Violet..
both of u will always in our heart n mind..

p/s: baru seminggu dua cerita pasal Gemok. x sangka secepat ini pemergian Gemok.

Monday 1 April 2013

sempat ke?

10.41p.m
dalam bilik gelap gelita.
dah hampir berminggu2 jugak la tido dalam gelap.
panas betul lately ni.. berpeluh sampai ke pagi..
bile tutup lampu, bahang panas tu kurang la sikit.

Alhamdulilla.. syukur ke hadrat Allah swt
ngan limpah nikmat yang x pernah lekang tuk hamba yg hina ini..
Alhamdulillah.. for this happiness
Happy?
Yup.
Eventhough, selalu stress keje, masalah kewangan
perbezaan pendapat. kekangan masa..
Tapi rezeki manusia lain-lain..
Syukur sangat2..
Alhamdulillah.

Saya tetap berusaha keras tuk kerja
Saya tetap mahu tampil berkeyakinan dalam setiap apa yang saya lakukan

Perghhh!
apesal ko serius sgt ni Yam?
ahahaha..

Yang pasti, saya mahu yang terbaik tuk diri saya... keh keh keh
Aaminnnnn....

10 minit lagi..
10 minit lagi?
10 minit lagi, babam balikkkk..

I miss him.

Yup. Syukur Alhamdulillah, I met him.

I love talked to him. 
I love his smile.
I love to spent time with him.

I love him.

I love everything about him.

Babam, I love you. Thanks for this special feeling.


Me and Babam
Geyam!!


Monday 25 March 2013

GEMOK

11.53p.m
7 minutes to go before I fall sleep depan think pad BARU nih..
ahahahaha...
naissss... think pad lame kene virus..
pastu dapat Think Pad BARU kauuuu... kau ade?
miahaahaha..

i'm thinking nak menulis dari petang tadi...
think pad ni dah terbukak dari senja lagi...
but macam biase la..
Cik Yam ni dok serveeee tenet je dr tadi..
TENET FREE dari uma sebelah la katakan..
wawawawa.

Leka membelek kucing2 kat Page "Kami Pencinta Kucing"
Tetibe..
Yayam: "Kita buat pre wedding ngan kucing nak?"
Babam: "ok gak. nak p tempat pemeliharaan kucing x?"
Pemeliharaannnn.. ahahaha...
Yayam: "Ayg pk, kite kenal mule3 dulu sebab kucing kan.. tu igt nak buat for pre wedding..
do u know mana2 kucing care ke.. yg kite leh men kucing ramai2.."
Babam: "kene survey la.."
Yayam :"Erm..x byk kucing pon x pe.. janji ade manje.. lincah.. xpon yang cantik ke"
Babam: "Kite bawak gemok je la, kite pakai baju shantek tuk dia.."

Ni la si GEMOK

Yayam: "weeee seronok nyeee.. kite buat drama nak? konon2 saya majuk ngan awak, sbb awak sibuk ngan Gemok.."
Babam : "sure cute n funny kan.. gemok dah la suke buat muke comey..hehe"

Actually, sometimes, me is jeles la ngan si GEMOK ni..
24 jam berkepit ngan nodin.
aishhhhh.. SAYA NAK JUGAKKK.. ahahaha..

Dulu2 slalu cakap
Yayam : "Lepas kawen nnt, GEMOK xleh tdo ngan awak..  nnt saya JELES.."
Babam : "ahaha...nape JELES plak..kucing je kot.."
Yayam : "xde2..xleh.. klu dier sibuk tdo ngan awak, saya TERAJANG jatuh katil..huhu"
Babam : "kijam...kijam..."

But gemok ni mmg comel pon..
First time p uma nodin, dier terus datang kat Yam duduk sebelah..
Everyone cam surprise..
"Eh, gemok nak ngan Yam.."
"Nape?"
"Selalu dier xnak ngan org.."
Me? suke la.. ape lagi..feel so welcome kat uma tu..
asal datang uma nodin je, si Gemok ni mesti nak men same..hu..

Tetibe, rindu Violet..
Akak xkan lupe kan kenangan kite bersama Violet..
I really miss you..

note to the account ; Dah 12.30p.. perut kruk krak kruk krak plak...
no. kene diet. nak kawen kan?

Monday 18 March 2013

Virus

1.09p.m
Di workstation.
Using Sara Ha's think pad.
mine? dah kene virus H1N1.. ehh... Virus ape ntah..
I can't open my file, folder, any program in the think pad.
n this stupid "Disk Antivirus Professional" notification keep on pop up on my desktop..
Malam tadi xleh tido..
Sebab pk kan mende alah ni la...
the things is.. y la x leh tdo, I can't even fix it pon untill i come to office kan..
tsk tsk tsk...

Its started when this notification kuar, suddenly this antivirus thing install sendiri..
after that, dier block everything..
Kat kepala ni dok la cakap
"my boss is gonna kill me."
xleh tido..dah tido pon, mimpi bukan2..
mimpi mengarut..
mimpi pasal orang nak amik tempat kita.. i dunno what place..
time tu sume org agree or follow je.. accept the situation to allow new people run this place..
tetibe je aku ni.. ngan semangat kewarganegaraan ni...
"NO! You can't take this place! This is our place!"
"Its a big NO. BIG NO NO!"
Yang macam haram nye, aku cakap dalam OMPUTIH kot.
camne ntah leh kuar Big No No tu.. aishh
nak kate gara2 pencerobohan lahad datu
aku ni follow biase2 je..sedih pasal byk pejuang terkorban..
xde la sampai fanatik nak berpolitik

aishh..idea hilang time boss tegur tadi..
grr..
mana tak nye.. pakai think pad Sara Ha.. mau mati pompuan tu karang..
Dude, I can't do anything without my think pad..
keje x jalan kot..
aishhhhh.. runsing di buat nye...
Oh my.. oh my.. this is crazy..

Note to the account: I have another 35 minutes before she's back
Oh my... Oh my..pastu I macam org bodoh di sini without my think pad..

Saturday 23 February 2013

Berlari ke office

6.22p.m
Meja office.
Alone. Yup. Alone.
Teringat x update GDMS for Malaysian Airline.
Duh! xde tenet kat uma, terus dtg ke office from Port Klang.
Tetibe stuck lepas Tol Damansara.
n again! ngadap jem yg same macam p keje hari2.
what a day..

Yup.. its been a while no update from me..
n each time dah lame x update blog..
akan ckp mende yg sama..
"Dah lama x update blog.. bla bla bla.."

Bukan ape,
1st - Manager dah baru. xleh main FB, xleh bukak twitter, asik buat kejeeee je..
2nd - Memang x penah update blog during office hour pon. nak kesah ape kan.
3rd - Streamyx kat uma dah kene potong. sebab tu berkejar ke opis arini siap kan keje.
nak kene pakai tenet.
4th - Nak save duit, sbb tu potong streamyx. Lagha je sume ni. keh keh keh.
5th - Terlalu lama x update and terlalu banyak cerita nak update dlm ni.
6th - Most of the time spent with someone, so xde masa nak p kedai yg ade wifi semata2 nak update blog. (I should re-consider to spent time kat tempat ade wifi. Sambil bercinta n berblogging. Bercinta??? tetttt)
7th - Service streamyx tu pon macam haram. x yah sibuk2 nak pakai streamyx tu, baling je modem tu ke dinding. x leh pakai.

Cite baru?
Erm, last update blog dulu bulan 7..
So pendek kan cite.. buat chronology je la..
klu nak specific sgt.. smpi bulan depan pon x siap.
18 June 2012 - Ayah Yam meninggalkan kami buat selama-lamanya.
2 weeks after - Abang Yam dihantar belajar kemahiran di KL.
24 Nov 2012 - Yam bertunang. What?? keh keh keh
2 Jan 2013 - Baru approve relationship kat FB. N most of the people kene tipu yang Yam bertunang on Jan 2, 2013. keh keh keh
25 Jan 2013 - Cuti2 Malaysia di Cameron, Zoo Taiping, n Penang
I'm getting married this coming October. Yeay!!

Ok la, xleh nak lelame kat office ni. nak dekat pukul 7 mlm dah.
n I'm alone.
Takut k.
Saya masih anak dara. keh keh keh.
Serius sket leh yam? klu takut buat cara takut.

Note to the account: Shall continue update later. Dun miss me. ahaha.
Alhamdulillah for everything. Allah the Almighty.