Friday 9 December 2011

BFF - Part 3 - Mel - Jepun 2

1.33a.m
terjaga dari tdo
teringat chatting ngan Mel yg kat Jepun sbelum tdo td.
minggu depan baru balik Malaysia.
arini ati sgt sedeyh. 
wlpn Mel jauh kat Jepun
kat dier jugak la tempat aku ngadu.
pastu mel gembira kan aku ngan cite2 kat Jepun.
bile terjaga ni, tgk dier dah sign out.
kesian, aku tertdo mase chatting.hu3
terpk nak share pic2 dier.
mintak kebenaran mase dier sign out.ahaha.
mampus dier marah aku uplaod2 pic ni.
Nah! gambar2 dier kat Jepun. 
kawan baik saya ni sgt shomellll..hu3

Musim Luruh.. tepi jalan pon jadi

Gile bersih persekitaran dier

Permandangan Di waktu Malam. sgt cantik kan

Cantik gileeeeeeee. Cik Yam terpesona.

Shomel nye kawan aku.

Yang tinggi tu Gunung Fuji < as per confirmation by Mel>

Gembira betul kawan mel ni

Kucing Gemuk Jepun

Poyo gile Mel.ahaha

Kawan saya sangat shomellllll..ahaha. larikkk

Saturday 19 November 2011

BFF - Part 3 - Mel - Jepun

1.26a.m
dok mendownload sume gambar kawan baik aku ni
si Mel dr FB aku n FB dier
tuk tatapan bersama.


Kenape donlod pic2 dier?

*******
dah lame aku x dengar khabar BFF aku 
si Muzammil.
tup2 semalam dier mesej aku kat FB.

"yam pe ko buat..siht?"
"aku kusut kepala mel. ahaha."
"ko knp mgusut2 ni"
"ntah la mel..aku x taw nak kongsi ngan siape..sume mende berlaku serentak..maybe aku kene dekat kan diri lagi ngan Tuhan..biar tenang2..ermm..
eh arini bola. ko sokong Garuda kan? ahaha"
"haha...aku xsokong mna2 la yam...eh yam...aku nk bg tau ko 1 bnda ni..."
"ape kah? ko nak tunang? ahaha"

soalan wajib aku mesti tanye dier nak tunang ke? muahaha
sebab aku penah mimpi dier tunang sebelum ni

"haha..tu brita cria jgk...tp ni lain la...aku nk g Jepun nnti..."
"when???? goshhhh..brape lame? ko terus keje sane ke ape? keeee conference je?"

aku klu excited mmg camni. Over!

"aku ada klas n sminar kat sna...hmpir sbln aku g sna...hoho...mggu dpn aku g sna...hoho"
"moshi2.. best nyeeeeeeee...nak ikut..nak ikut..owh..tu yg ko p menara citibank semlm tu? brape hari bulan?"
"aah pegi sna utk buat visa n ambk tiket...aku pegi 27nov ni blik 18dis ni...mtlamt aku nk krus ni mcm blh jd je ni...huhu"

sebulan?? pergh lame tuhhh

"demnnnnnnnnnn! gonna miss u bro! poyo x? gosh.. pekene teh tarik before pergi la! my treat. < dgn harapan ko kasi aku souvenir bile balik jepun nnt!> best nyee... dah ar mate ko sepet cam jepun..dulu aku slalu ejek. muahaha. berjaya gak jadi org jepun. Pergh! tali barut jepun ko ni. ahaha"
"ok2..ko kna tggu gaji aku msuk la..bru blh p pekena teh tarik..haha..dh aku bg tau ko msti la ada souvenir utk ko wlpn ko ejek aku mata sepet bgai kn...haha...tali barut jepun..haha...ko jga la yam...aku dh jd mata2 jepun dh ni...haha"

yeayy! dapat souvenir. sy mmg suke buli Mel. keh keh keh

"ala..teh tarik je kot.. xyah tunggu ko gaji..ke ko nak makan besar2? camtu kene tunggu aku gaji jugak la. hu3.
lepas ni putih la ko yerk. leh men salji. eh, skang musim sejuk kan kat sana. jgn lupe baju tebal2 bro..ngee..best2..aku lak yg suke.
erm...ape aku nak ek..ermm..jepun ade ape eh? xkan ultraman plak.. patung mashimaro! yeay! abis la ko cr x jumpe nnt.. keh keh keh"

ni la mase tuk menge'pau' budak shomel ni.hu3

"haha...aku bg ko wasabay je nk...haha....dh smua dh bli dh...tggu msa nk pegi je nnti ni..huhu"
"huh! x nak la wasabi..sini pon ade kot..plus mende tu x sedap k! nak makan mana nnt? nnt ko mesti rindu Malaysia n makanan kiteorg. "

our conversation stop here.
Currently, Mel kat kampung dier. cuti2. maybe ni la mase dier ngan family before dier terbang ke Jepun.
erghhh..
seronok nye life dier.
terbang sana sini.
kejap singapore.
manila.
skarang jepun lak.

Sebulan. satu tempoh yg agak lama.
dulu seminggu dier kat Manila.
aku dah gila.
sbb?
sebab time tu aku suke die.muahaha.
skang x da. 
kami kawan baik selamanya.
He is my bestfren Eva!
my big Buddy k.

Muke Mel cam burung Kakak Tua. ahaha

Aku suke Pic ni. Die shomel sgt.ahaha - curi dr FB mel


Pic ni pon best - Mase die kat Manila - curi dr FB Mel

Mel wif his Best Fren - Arma. Mel yg sewel

Wlupon hodoh gambar ni. aku nak upload gak

at Sheila's wedding. cam biase, jadi our photographer

He so cute! isn't it? ahaha

ngeee ;P
Actually, bukan senang nak tangkap gambar ngan mamat ni.
dier lagi suke amik gambor
dari bergambor.

Pic ni dah byk kali post tp nak post jugak! ahaha.
This guy selalu ade time aku susah senang.
time aku jatuh tersungkur.
time aku menangis seorang diri.
time aku betul-betul perlukan bantuan.
time aku cari gadoh.
dier la org slalu aku buli.
org yg selalu aku cari pasal.
org yg mampu buat aku menangis bile dengar nasihat dier.
(aku ni degil orgnye)
org yg slalu sedarkan aku- mana silap aku.
org slalu aku pau.
tp dier pon slalu pau aku gak.
dier la kawan wayang aku.
dier la kawan kete idaman aku.
kawan kaki bola aku.
kawan tempat aku mengadu.

Sebab tu aku sangat sayang kawan baik aku.
Mel, Maya and Noi.
3 org ni. Antara org plg penting dlm idup aku.
Kawan susah senang.
yang tiada gantinya.

Sunday 13 November 2011

Cerita si Penyapu Sampah

10.20p.m
menonton AIM di Astro Ria
baru lepas on call wif Mr Tuck Mashiido..wuhuu..
Am I smiling? 
ntah la..agak serabut 2 -3 arini..
byk mende berlaku di luar kotak pemikiran


Seringkali aku lihat cermin.
melihat dalam cerita sebuah kehidupan.
aku tenung.
aku punya hidup.
aku punya mak.
aku punya rumah.

lalu aku simbah rata 
basah.
satu2 menitis menyembah bumi.

***********

seawal 5.55 pagi.
azan subuh berkumandang.
pantas aku capai 2 pasang baju kurung
untuk ku dan mak
di gosok rapi.

sementara mak solat.
aku selesai membersihkan diri.
sementara aku solat.
mak sibuk di dapur menyiapkan 
makanan tengahari abg ku.
sementara aku bersiap.
mak masih memasak.
selesai aku siap.
mak masih sibuk menyidai baju.
laju aku turun memanaskan kereta.
mak pula bersiap.

saat itu.
aku lihat seorang anak kecil
lingkungan 10 tahun agaknya.
memikul penyapu lidi.
wajahnya sugul.
di satu sudut pula.
aku lihat anak kecil.
lingkungan umur yg sama.
memakai baju sekolah sempurna.
berlari2 mendapatkan bas skolah.

untung nya mereka yg sempurna pendidikan dan kehidupan.
sedang dia berbaju lusuh memikul penyapu dan penyodok ke hulu hilir.
Dia anak si "Penyapu Sampah"
kelibat ayahnya membersihkan laman, longkang dah sekitar flat.

pagi2 sibuk melakukan kerja murni. 
membersihkan bumi Allah.
Kerja yang Halal.
Cume nasib x menyebelahi anak itu
yg sepatutnya duduk di meja skolah
belajar.
Dia belajar perit getir kehidupan.

aku renung kehidupan aku arini.
tika dulu. 
aku juga begitu.
hidup bergantung pada seorg ibu tunggal.
jatuh.
bangun.
semua sendiri.
nak tergolek kah
nak mati kelaparan kah
nah!
semua sendiri.
berdiri di kaki sendiri.

sedang org di hantar ibu bapa ke skolah.
aku berjalan kaki mengira langkah setiap ari.
dalam perhimpunan skolah.
pernah terlintas di minda.
arini aku pejam celik.
aku duduk UPSR.
esok aku berjaya di PMR.
nanti aku amik SPM.
kemudian di univerisiti.
akhir nya bekerja.

Dan itu yg terjadi sekarang.
aku duduk di dalam kereta.
memerhati anak kecil
anak si "Penyapu Sampah"

bagaimana kehidupan dia?
bagaimana masa depan dia?
untung nya anak-anak
yang punya bapa yg kaya raya
tapi masih merengek 
x cukup, x puas dengan apa yang ada.
masih menghentak kaki, menjerit2 mahu itu ini
sedang dia.
cukup la aku dapat makan arini.
sesuap nasi di kongsi bersama.
kenyang bagi nya.
tidak pada anak si Kaya Raya
"Oh! xnak pizza! nak Chillis! nak Seoul Garden! Carsl Junior!"
dilontar permainan2 yg ada.
PS2. Transformer.
sedang dia.
penyapu lidi itu la mainan nya.
sumber rezeki yang ada.

*****************
beberapa ari ini aku serabut.
aku serabut dengan kerja.
aku serabut dengan cinta.
aku serabut dengan keluarga.
tambah aku period.
tambah serabut kepala.

kerja.
ape masalah aku?
aku pon x taw. aku boleh kerja.
aku suka kerja aku.
tp aku pelik dengan manusia yang suka bermuka2.
aku pelik dengan manusia yang suka menjatuhkan org lain.
aku pelik dengan manusia yang suka menabur pasir ke dalam periuk org lain.
si Ketua mendengar si Pengadu mengadu.
tp kesian si Ketua
tidak tahu si Pengadu itu sering mengata dia di belakangnya.
aku senyap. aku dengar semua.

Kenapa, dalam kerja perlu ada yg menjatuhkan?
bukan kah kita sama2 mencari rezeki?
perlukah menunjuk2 
"Oh aku buat ini. aku buat itu. aku patut dapat ini dan aku patut dapat itu?"
"oh dier x buat kerja itu, dier x buat kerja ini."
pernahkah terfikir kenapa dier x buat kerja itu dan ini?
sengaja? 
adakah dia mampu atau tidak?
pernah x selami masalah org lain?
ataw kau hanya memikirkan periuk nasi kau sahaja?
lantakkan la periuk nasi org lain ya?
sendiri cari makan kan?

begitu la nasib anak si "Penyapu sampah"
ada org peduli makan minum mereka?
makan kah? ahhhhhh... siapa suruh malas blaja.
sebab itu kau kerja menyapu sampah!
tp pernah kah kita terfikir.
kenapa mereka menyapu sampah?
pernah kah kita fikir mereka
mampu ataw tidak?
tuk makan, tuk minum, tuk blaja seperti org lain.
mungkin bergenerasi masih jugak menyapu sampah.

cinta.
malas tuk aku bicara.
serabut.
  
keluarga.
masih dengan masalah yang sama.
otak tambah2 serabut di kala 
mak memarahi org lain tp dicurahkan kepada ku.
aku tahan dan pasang telinga saja.
sampai bila abg aku nak camtu pon aku x taw.
aku penat.
penat ngan perangai dia yg 
x sedar diri.
x malu.
yg hanya tahu keseronokan diri
sedang org lain terhimpit hidupnya.
aku malas! MALAS nak bicara pasal abg aku. 
JELAK..dah penat tuk bicara pasal dia.
berapa kali tuk aku cerita pasal dia?
dah sihat tp menyusahkan.
itu sahaja.

notes to the account:
aku sgt serabut dengan cinta.
seseorg dtg menagih cinta dulu.
aku serabut dan serabut.
sebab aku keliru.






Monday 7 November 2011

Deactivate FB

7.11p.m
bersila atas bantal sofa.
org tua2 kata klu duduk atas bantal, nnt bisul. ahaha
xpenah kene ponnn. keh keh keh
bukan ape, bantal tu kan tempat alas kepala.
kan agak x berapa elok dipandang org.


baru je Deactivate FB arini.
"kenapa?"
"jiwa kacau?"
"a'ah"
"kenapa jiwa kacau?"
"byk yg difikirkan. mungkin deactivate adalah jalan terbaik."

I'm talking to myself again.
hobi kot.
maybe ngan cara ni dapat release kan stress.
beban dalam kepala.
kadang2 pandang cermin.
pastu cakap sorg2.
dats the way i motivate myself.
klu org tgk, maybe org igt aku gile kot.

kdg2
aku pon x faham diri aku sendiri.
ape yg aku nak

dulu, mase kecik.
selalu tertanye.
kenapa kite boleh pandang mende depan kite?
kenapa kite x leh pandang diri kite secara fizikal?
nape kite x leh nampak idung kite? mulut kite?
macam mana kite boleh gerak kan tangan kite ke atas?
camne kite kawal sume tu?
(jawapnye otak la kawal ngok!)
tp time tu kecik. 
otak byk berfikir yg bukan2.
kenapa?
kenapa?
dan kenapa?

bile tengok cermin.
"eh aku ke tu?"
"ko la bongok"
"nape aku camtu? camtu rupenye aku yerk."

jauh ko dah nyimpang ni yam.
ape kene ngene deactivate FB ngan zaman budak2 tu.
ko diam la. bace senyap2 leh x?

bile pk balik.
tu kan sume kuasa tuhan.
budak2. ape tahu.
cume aku pelik.
tu dulu.
skang aku dah cerdik akal.
ade ilmu di dada.
boleh pk.
cume masih jugak terpk.
nape x leh tgk muke sendiri tanpa tgk cermin.
ahaha.
SENGAL.
mengada2kan persoalan yg x patut disoal.

"kenape ko deactivate FB"
"aku stress"
"ape yg ko stress kan?"
"aku stress ngan keje n kehidupan aku"
"ape kene ngene ngan FB?"
"ntah. aku serabut tgk FB aku. bosan tgk FB aku. xde pape yg menarik."
"abis, camne ngan Mr Tuck Mashiido ko?"
"tagged kan ade. HP kan ade."
"kenape ngan keje ko? ngan kehidupan ko?"
"aku rase cam xde life. jiwa aku nak kehidupan cam org lain. ade masa tuk family. ade masa tuk kawan2. ade masa tuk berpacaran. ade masa lapang tuk perkara berfaedah cam cycling ke..picnic ke.. something extraordinary..xde la basic je idup aku ni..yg asik pk KEJE..KEJE..KEJE.. even aku tolak tepi KEJE2 aku..tp KEJE2 aku tu tetap kejar aku. keje tu cakap "eh, ko x siapkan aku lagi.ko xleh p mana2,xleh buat apa2 slagi aku ko x siapkan."
"mind set ko je x yam?"
"mungkin. mungkin aku kuat komplen kot. aku x taw la. aku suke keje2 aku. cume aku x cukup masa nak buat sume tu. byk keje aku tangguh wlpn aku dah gune kan sepenuh masa aku tuk bekerja. Cam aku cakap, aku xde masa tuk family, kawan2. nak ade BF smpi arini pon x lepas. kekadang aku pk, sampai bile aku nak hidup camni. balik uma terus tdo sebab penat. bgn pagi terus bersiap pergi keje. bile masa aku buat keje uma? bile masa aku tolong mak masak? ujung minggu je aku leh buat. anak ape aku ni?? anak ape??"
"......"
"sbb tu aku lebih rela beli mknn bungkus dari susah kan mak masak tuk aku. die pon penat keje wlpn aku tahu aku lebih penat dari dier. tapi aku ni status ANAK. ANAK patut menolong. bukan nyusahkan dier."
"babe, klu ko dah tahu ko tu ANAK, dah x reti2 nak tolong?"
"seriusly aku nak tolong mak aku, ade mase, aku buat keje opis smbil basuh baju. nasib ade mesin basuh. klu basuh gune tangan, jawapan nye smpi tahun depan x berbasuh baju tu. beli baju baru je la gamaknye."
"mak ko bising x?"
"mak mana x bising. aku pekak kan telinga je la. nasib mak paham. tp smpi bile kan.. aku x nak hidup camni. aku bukan hamba kerja. aku hamba Allah."
"camne solat sume?"
"camtu la. cukup solat 5 waktu. kusyuk ataw x, antara aku ngan Tuhan. lame gak aku x ngaji. harapkan surah waqiah tiap2 pagi aku bace bile smpi opis je la. ati pon dah kosong ni.xde santapan rohani."
"xleh camtu.. keje2 jugak.. solat kene jaga. jgn janji asal buat je. bawak2 la ngaji balik.. nnt ati leh lebih tenang..ko pk la balik ape yg patut ko buat..patut ko terus kan keje skang ni ataw ko cari je la keje lain. mintak kat Tuhan, petunjuk mana yg terbaik.."
"tu la,aku pon pk camtu..tiap kali abis solat maghrib, ati ni slalu terdetik nak amik Al-Quran tu tp laptop ni plak aku pegang. adoiyai.."
"camne ko rase skang?"
"lega skit. esok dah mule keje. aku x taw nak start dr mana."
"buat mana terdaya je. rancang keje ko dulu. kurangkan bercakap, sbb kadang2 bercakap byk hanya menambah dosa. jgn merungut ngan kerja ko. kerja ni pon ibadah. bukan ko selalu cakap camtu?"
"Yer. kerja ni ibadah dan amanah dr Allah. sbb tu aku bertahan buat kerja aku. aku mencari rezeki tuk hidup. tuk beribadat kepada Allah."
"Bagus. teruskan pemikiran begitu. itu lebih baik. think positively. tp, klu kau x boleh jugak. stop everything. start a new one. sometime bile kite berubah, mungkin itu perubahan yg lebih baik. take the risk and change."


lame gak soal jawab ko ni yam.
ahaha..suke ati aku la.
aku nye blog. wakaka.

"tapi aku pelik la babe."
"ape yg ko pelik"
"ape kene ngene hal keje ko ngan ko deactivate FB"
"entah. aku rase lega lepas tutup FB aku. nape ntah. maybe aku nmpk manusia2 yg gile keje, suke paksa aku siap kan keje, n suke nyusahkan aku kot. Tutup FB is the best way kot. "
"ape2 je la Cik Yam oi..janji ko bahagia. <ayat zaman sekolah>"

k la.
quite late already. 
jam dah menunjukkan pukul 11 mlm.
better I sleep early.

p/s: I miss Mr Tuck Mashiido so much.
cuti panjang n beraya kat kampung yg jauhhhhhhh kat sana
membuat aku rindu menggila wlpn x pernah berjumpa.
kenapa aku rindu?
sbb aku rindu la! ade sebab ke? keh keh keh





Sunday 23 October 2011

Make me wonder

10.35a.m
akak n mak main masak2 kat dapur.
Cik Yam n Aiman main kat ruang tamu.




Today Quotes

"The person who loves you is not the one who sees you every day, 
but the one who looks for you every day."

Erm.
Its true.

Am i the one who look for him everyday?
but sometime he did look for me.
Sometime..
make me wonder..
Another quotes

"Don't trust too much. Don't hope too much. and Don't love too much
Because that TOO MUCH can hurt you SO MUCH."


make me wonder even more..
easily to fall in love.
easily to trust someone.

I care too much.
I love too much.
I spent too much.

make me wonder..
did he?
did what?
did he feel the same way?



Saturday 22 October 2011

Tuhan. Aku Berserah.

8.48p.m
terpacak depan astro Arena
menonton Ganu Vs S'gor.
fuh berdebar ni. 
1st league x tengok.
S'gor kalah ngan Ganu.
so kali ni, Yam x nak lepas kan peluang tuk tgk.
x kesah kalah ataw menang. 
Yam tetap sokong Selangor.


sambil meraup muka.
ok.
terfikir ngan kata2 noi.
mungkin betul.
mungkin tidak.
tp sebagai peringatan.
agar Cik Yam tidak terlalu cepat 
dan terbawa2 oleh perasaan.

Ya.
aku suka dia.
terlalu awal kah?
mungkin.

erm.
"belajar dari kesilapan"
"berdoalah pada Yang Esa"
"Dia penentu jodoh pertemuan"
"Org baik untuk org baik."
InsyaAllah.

Kenali dia lebih dalam lagi.
itu yg pasti.



Tuhan. Aku Suka Dia.

4.10p.m
dr td dok putar lagu Taylor Swift.
maybe tuk tenang kan jiwa kot.
lately ni terasa cam GEMOk
bukan ko mmg GEMOK ke yam? 
ahaha.
what everrrr~..


petang ni ujan.
aku risau lagi.
redah lagi ke?
erm.
demam baru baik.
batuk2 dan pening kepala masih ada.
xnak jumpe doktor.
macam2 alasan.
xpela.
janji selesa.
tp aku masih risau.

kadang2. terfikir.
ingat kah dia?
ingat kah yang aku teringat kat dia?
fahamkah dia?
fahamkah apa yang aku rasa?
fahamkah aku?
fahamkah aku akan dia?

ngeeeeee...dia call!
suke3!~~
senyum melebar sudah!
k cukup iklan 5 minit.

dia khabarkan berita gembira
selamat sampai ke rumah
tanpa ujan mengiringi perjalanan.
alhamdulillah.
hilang risau sebentar td.

acapkali aku terfikir begitu.
<ku fikir ingat kah dia>
pasti dia akan menyusul.
maknanya?
dia ingat aku!
ahaha.
klu begitu, teruskan la berfikir begitu.
muahaha.

oit3..sila post serius sikit boleh?
memain ko yerk?
hehehe..ok ;)

apa yang aku rasa?
aku sering memikirkan dia.
ingin selalu mendengar suara.
x kisah la cerita apa.
ceritala pada ku
walaupun sudah menjadi soalan wajib dan seringkali bertanya.
aku sanggup menjawabnya.
asal aku dengar suara dia.

menongkat dagu.
memikirkan dia yg sedang lena tidur di sofa.
<mesti comel cam baby..ngeee>
itu hanya imiginasi ku.


Jika seharian tiada cerita.
aku tertanya.
bagaimana dia? 
dengan siapa dia? 
ke mana dia?
di mana dia?
sihatkah?


rasa risau itu tidak pernah padam.
risaukah?

ataw...
ini sebenarnya...
erm..x berani tuk ku lemparkan
jika dia x merasa begitu.


yang pasti.
Tuhan. Aku suka dia.


Ya.
Aku suka dia.


kadang kala.
sepi menemani suasana.
namun aku tetap suka.
sebab dia ada.


kadangkala 
hilang kata-kata.
namun aku tetap suka.
sebab aku tahu dia ada disana.


kadangkala.
memerah otak.
apa yang hendak di kata.
namun tetap sepi tanpa kata.
kadangkala
berkata yang bukan2
asal dapat mendengar suara.
bagiku. cukup menjadi syarat.
asalkan dia ada.

kadangkala.
aku tahan.
aku tahan rasa ini.
rindu?
Ya. aku rindu dia.
aku janji tuk bertahan.
bertahan dari menanya.
namun gagal pabila aku bangun dari tidur.
perkara pertama.
adalah dia.
laju jemari menekan telefon 
bertanya khabar.
walaupun seminit sudah memadai.
hilang rasa rindu itu.
mati sahaja telefon. 
teringat. adoi. lupakah kau tuk bertahan?
Ya. aku lupa sbb aku rindu dia.


jika dia sibuk.
dia bersama rakan.
laju sahaja ku matikan.
aku hormat waktu2 dia.
waktu2 dia tuk menyendiri.
waktu2 tuk diri nya sendiri.
walau ati ini menjerit.
aku inginkan dia
bersama aku 
ketika itu.


Tuhan. Aku suka dia.