Sunday 29 January 2012

Sifat Solat Nabi

11.04p.m
lepak bilik.
tgk U-tube. Maharaja Lawak

Arini Cik Yam attend Kursus Kawen.
It was FUN!
really FUN!
sgt seronok.
penceramah dier sume klaka abis.
nape Yam p Kursus Kawen??
just teman kan Noi je. 
dari tahun lepas lagi dah book.
plus, x semestinya attend Kursus Kawen
dah sibuk2 nak kawen kan?

Syukur Alhamdulillah.
Kursus ni x tertumpu pasal perkahwinan semata.
Ia menyentuh pasal Akidah, Ibadah dan lain2.
Dah lama x dpt santapan Rohani.
Selama ni yam lebih tertumpu pada Solat, mengaji, dengar ceramah kat TV, Utube.
sebenarnye Yam admit, Yam suke attend ceramah agama.
Sebab akan tersedar mana silap dalam kehidupan
dan kembali pada Allah s.w.t

Teringat masa dulu
Yam terlalu sibuk ngan hal kolej
Ketua Blok la katakan.
slalu stress.
Satu hari, kawan baik Yam, Hana ajak ke Surau.

"Yam, maghrib nnt kite ke Surau nak?"
"Boleh jugak."

kadang2 yam segan ke Surau Kolej.
Ye la.
Satu Kolej tahu Yam macam mana.
Bercakap tanpa segan silu.
Ketawa bersepah.
Kadang2 org sengaja mengusik bile berborak.
sbb tahu Yam akan membidas dan bergurau x tentu hala

Compare dengan si tudung labuh 
yang menjaga tata susila, tertib, bahasa

Tapi hanya manusia terdekat sahaja yg tahu
dalaman Yam macam mana.
antara mereka si tudung labuh juga

Kadang2 mereka tertanya.
Adik angkat kesayangan Yam
Ketua Surau.
jauh panggang dari api.
si Adik baik gile
miahaha..

berbalik pada ajakan Hana tu.
lepas solat maghrib, zikir sume.
ade nye ceramah.
setiap bait kata2 ustaz,
mesti yam terpukul.
Ya Allah. byk lagi perlu aku perbaiki.

samala jugak dengan arini.
Kursus yg dipenuhi dengan ilmu agama
Yam sgt bersyukur
sbb Noi ajak yam attend Kursus ni
sbb mengingatkan kembali pada agama
wlpun dah banyak kali blaja
banyak berlaku di sekeliling
tp Yam x sedar.
bukan x sedar.
lebih pada LEKA
Yam aplikasi kan sume yg ade dlm kehidupan.
Yam tahu, sume ni pinjaman semata.
Segala-galanya milik Allah.
kita hanya hamba dimuka bumi.
yang Yam ingin cari
adalah keredhaan dari Nya.

Yam bukan tergesa-gesa dalam bercinta.
Tapi yam berusaha tuk mendapat kan keredhaanNya.
Ya Allah, Tetapkan rasa cinta ku, rindu ku, Iman ku hanya pada Mu.
sesungguh nya Engkau la yg mengetahui segala sesuatu yg tersurat dan tersirat.
Aku berusaha di jalan Mu dan aku redha dengan ketentuanMu
Ya Allah, Kau maha Kaya..
Aku miskin Ya Allah..
Limpahkan rezeki kekayaanMu itu..
agar aku dapat terus beribadat pada mu..
Ya Allah, Kau maha Berkuasa..
Aku x berdaya Ya Allah...
Berikanlah kesihatan tubuh bdan
agar aku dapat terus memperhambakan diriku pada Mu Ya Allah..
Ya Allah, jika benar dia milik ku Ya Allah..
Kau dekatkan la Ya Allah..
Jika tidak, Kau jauhkan la..agar aku x bergelumang ngan dosa
menyintai org yg salah.
Aku hanya mampu berusaha..padaMu aku berserah..


ok.
arini Yam nak share pasal buku yg baru Yam beli kat JAIS tadi
buku yg sgt berguna.
wlupun kite dah tahu solat.
tp x salah klu kite perbaiki solat
fahami setiap bait bacaan kita
agar kite dekatkan lagi  diri kita ngan Allah.
biar IHSAN kuat dlm diri kite.

ape tu ihsan?
kita beribadat seolah olah Allah berada dihadapan memerhatikan kita.

Camne nak dapatkan ihsan ini?
ada 5 syarat tuk kusyuk dlm solat.
1) hadirkan hati dalam solat.
-lupakan segala urusan dunia
- hanya nak ingatkan Allah yg sedang berhadapan dgn kita
2) fahamkan bacaan nya.
- sementara baca, tahu apa yg dilafazkan.
3) akui kehebatan Allah s.w.t sbg tuhan yg kita sembah dan tiada tuhan melainkan Nya
4) akui kelemahan kita sebagai hamba Allah
5) mengharapkan solat diterima oleh Allah s.w.t

teringat masa Zaman blaja agama kat Matrik
perghhh!!
zaman buang sume baju ketat terus pakai baju longgar n lengan panjang
pendek kata <pendek yg kata, panjang x yer..>
pendek kata, zaman taubat!
time ni, teringat tazkirah Ustaz Suhaimi.
berkaitan ngan point no 5 tadi.

"rasa2 sume solat kita tu Allah tu terima x?"
satu kuliah diam.
"rasa2 kita solat tu kusyuk x?"
satu kuliah masih diam.
sume memikirkan sama ada amalan mereka ataw x.

"siapa kita pada Allah?"
"kita ni hamba dia je. siapa kita di sisi Allah s.w.t?"
"rasa2 cukup x amalan kita? rasa2 amalan kite tu sempurna x?"
"kita solat x kusyuk, taw ape jadi?"
"solat kita dipersembahkan pada Allah, tapi Allah lemparkan balik pada kita."
"amalan x seberapa ni nak di persembahkan pada Allah?"
"layak kah kita??"

satu kuliah masih diam.
hanya kata2 dari ustaz Suhaimi sahaja berkumandang.
dalam benak setiap org.
terlintas.
berusaha tuk menunaikan ibadah yg diterima Allah s.w.t.

andai kata x seberapa, tp diusahakan sebaik mungkin.
bukan sambil lewa.

ni la buku Yam beli siang tadi. Abaikan wajah Safiq Rahim iteww..ahaha.. dah berkurun dah jadi  wall paper laptop yam..miahaha.. buku ni harga RM15 je. berbaloi tuk beli. bagi perkemaskan lagi Solat kita.
Buku ni menceritakan cara-cara solat yg betul,
rukun solat, kesempurnaan solat, kusyuk dlm solat,
perkara2 berkaitan dengan solat. dll.

byk yam nak share kan pasal buku ni.
tapi masa dah suntuk.
skarang dah pukul 1.30 pagi.
esok yam kene kuar uma pukul 7 pagi tuk attend satu hari lagi kursus kahwin.

so, Yam share panduan Solat Bergambar dlm buku ni.

Takbirratulihram dan berdiri yg betul
Rukuk dari depan dan sisi yg betul
Iktidal
Sujud dan Duduk antara dua sujud yg betul
Tahiyat Akhir yang betul
Yang ni yg perempuan punye plak.
Ni Doa yang Yam slalu amalkan lepas solat.
Elok di kongiskan bersama.
Amin.

Wednesday 25 January 2012

Tiket bas

Post ni dated 14 Jan 2011. Tersimpan dalam draft.

12.05p.m
atas katil.
dengar lagu All or Nothing.
deactivate FB. nak delete sume rase nye. delete twitter sume. 

Aku cuba tuk bertahan selagi ada daya. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala sesuatu sama ada tersurat atau tersirat. Aku redha.

Penah tgk tiket bas ni?
ahaha. masih ade?
unik kan.


kalau sekarang
sume tiket kene print kat mesin mase nek bas.
tiket ni, konduktor bas yg kasi.
kite naik amik tempat. nnt konduktor tu dtg tempat kite.
tanye tempat nak tuju.
pastu caj la.
kat tiket tu nnt dier lobang kan. 
maknenye, tiket tu dah gune.
xleh gune mase time nek bas lain plak. hu3..

cite pasal bas.
yam x igt bile 1st time nek bas. 
mase kecik kot.
mak penah cite.
mase kecik.
Yam kuat tido. ahaha
<bukan sekarang pon same ke? ahahaa>
mase nek bas, yam mesti tdo.
so, bile nak turun, susah gile mak nak kejut kan.
siap kene tarik gile2 nak turun bas.
<dah x reti2 nak turun?? ahaha>

mase sekolah menengah pompuan, 
tiap2 ari bas sekolah dtg amik.
kamcing gile ngan driver bas. 
dah jadi kondukor bas pon ye jugak. ahaha.
tukang jerit2 suh bebudak yg berdiri masuk lagi ke dalam.
"org nak masuk x leh ah woii..masuk dalam agi..dalam agi!!"
miahaha
ade skali tu, yam terkepit kat pintu bas.
bongok nye budin. berborak x tgk pintu bas. main tutup je. ahaha.

masuk teknik
nak balik sekolah, kene naik 3 bas.
dari Teknik Klang ke Klang, Klang ke Port Klang, Port Klang ke Pelabuhan Utara.
jauh gile.
penat menonggeng panjat bukit kat bukit tinggi tu.
semata2 nak dapat kan bas dari banting.

mase matrik plak, nek bas ekspress
ye la. blaja jauh katenye.
tiap kali naik bas ekspress balik ataw pergi
yam xkan tido
yam tengok gunung2 sepanjang perjalanan 
dr perak ke selangor ataw sebaliknya.
time tu
yam akan nmpk lata.
burung camar.
gua. macam2.
terasa betul2 di rantauan.

actually, yam mmg suke tgk kiri kanan jalan.
smpi skarang.
Klu yam merempit, yam akan tarik nafas dalam2.
tgk pokok2 ciptaan Tuhan.
Hijau. Cantik.
Wlupun hari2 tgk pokok yang sama.
tp entah. Jiwa akan tenang tgk sume tu.

Klu nek kete, yam suke tgk langit.
tgk awan.
luas terbentang.
camtu la yam release tension.
tgk keindahan alam.
sambil zikir.

Klu yam sedeyh sgt2.
Yam p Tanjung Harapan.
5 minit je dr uma yam.
Pandang laut. Tgk Kapal.
Tgk langit. Tgk burung terbang kat dada langit.
Yam duduk atas batu kat tebing dan nanges sungguh2.
so far baru 2-3 kali Yam bawak diri kat situ.
klu takat nanges biasa. dlm bilik sudah.
tp klu tahap teramat2 sedih.
situ la tempat terbaik.
tuk Yam kongsi sedih bersama alam ciptaan Tuhan.
<jauh dah ko nyimpang ngan cite tiket bas ni Yam>

as conclusion, yam suke tengok alam ciptaan tuhan.
Pantai. Pokok. Bunga. Laut. Siput. Langit. Bulan di pagi hari.
Pelangi. Matahari pagi dan petang.
Laman uma yam dulu ade taman.
byk bunge. cantik2.
orkid, bunga kertas, bunge taik ayam, bunge melur.
pagi2 kejenye menyiram dorg.
buang siput "babi"
sbb dier perosak.
tahu camne kite bunuh itu siput?
letak garam. mati terus. ahaha
kejam kan?
klu x, dier membiak, abis sume pokok2 bunga yam.
<ok..dah ke laut post ko ni yam>

patah balik kat tiket bas or bas.

kdg2, perjalanan yg jauh buat aku bosan.
< ko ni kejap yam, kejap aku. sepuk kang>
Yam akan beli majalah Galaxy.
RM2 je. lepak dlm bas. belek2 artis luar negara.
klu xde, tiket tu di lipat2. mcm2 bentuk.
ade cam atap zink la.
mcm2 la. xigt.

antara perosak kerusi bas, yam jugak la.
amik liquid paper, conteng. tu pon sebab duduk blakangggggg skali.
slalu nye buat ramai2.
klu sorg2, xde maknenye nak conteng2 ni.
bab2 merosakkan harta bende
mmg yam ade bakat.
miahaha.
table lab kat skolah teknik pon yam toreh ngan pisau
keh keh keh


Wednesday 11 January 2012

Tiada apa

7.22p.m
azan berkemundang di kaca tv.
kepala aku berdenyut-denyut laju
kuat. abaikan.
ari2 aku sakit kepala.
kadang2 aku sakit dada.
kadang2 je.
sejak bile ko sakit dada?
sejak sebulan lepas.
malas nak pk.

rajin betul ko update blog skarang ni.
aku nye blog. aku nye suke la.
lagipun aku update bile aku free.
so ko sgt free la ni?
x jugak.
otak kusut je.
aku x de tempat nak luah.
kat sini pon x mampu nak luah.

nikmat Allah bg tu sekejap je.
bersyukur la
org lain are fighting for it.

at least ko dah rase.
drp x de 
igt si Penyapu sampah?
keluarga dia sgt besar.
Die bahagia je.
wlupn kais pagi makan pagi
kais petang makan petang.
kenapa dia bahagia?
mana kau tahu dorg bahagia?
sbb dorg bersyukur wlpn dorg kafir.
mereka sama je macam kita.
manusia.
beza nye dorg lahir2 kafir.
bersyukur la kita lahir sebagai org Islam.

maghrib tadi.
aku mengaji lagi
tuk tenang kan ati.
aku menangis dlm hati ketika mengaji
aku menangis lagi sesudah mengaji
betapa berdosa nya hamba Mu ini Ya Allah
aku menangis smbl memeluk erat Kitab Suci Al-Quran
aku x tahu mana silap 
dimana salah aku?
Ya Allah. 
siapakah aku?
aku hanya tiada siapa.
aku tiada apa.
aku 
perempuan
yang tiada apa.
yang pasti
aku bukan hiasan dunia.
aku ciptaanNya.
hambaNya.
punya hati dan perasaan juga.


Longlai

Usah di ceritakan amalan apekah yang kau telah lakukan.
hanya akan menimbulkan riak dlm diri
yang pasti lakukan hanya kerana Allah s.w.t

Arini aku melangkah longlai
penat dengan kerja arini.
arini jugak otak aku amat serabut.


aritu aku melangkah longlai juga
tp situasi yg berbeza
aku longlai di rumah Tuhan.
di Putrajaya.

sesudah bercinta dengan Tuhan.
aku melangkah keluar.
longlai.
indah rumah itu.
satu tapak satu tapak aku jalan.
berat tuk ditinggalkan.

ari2 aku berjalan. aku teringat jalan2 aku di sana.
 beza nya laju ataw cepat.
bertenaga ataw longlai.
kenapa longlai.
sbb aku berjalan smbil berfikir.

mengenang kan aku dan org sekeliling
masing-masing punya masalah sendiri
masing-masing punya dunia sendiri

persamaan antara aku dan mereka.
Kami hamba Allah yg satu.
Diciptakan tuk melihat kebesaranNya
mengabdikan diri kepadaNya

Longlai lagi
aku meniti hari2 yang berbeza
waktu2 berbeza
tempat2 yg berbeza
yang samanya
aku berjalan di atas bumi yang sama
menjunjung langit yg sama

Monday 9 January 2012

Office lagi kau?

6.48p.m
aku masih di office.
kertas2 berselerakan diatas meja. hampir 70% kerja telah ku siapkan.
Alhamdulillah.
kenapa masih di office?
arini mak cuti.
mak lepak uma mak lang.
dan kau? masih di office tp x membuat kerja?
berblogging?
HAK3..SUKE ATI AKU LA NAK BUAT APE.
dah abis waktu bekerja kot.
Skang ni aku willing nak stay. SO WHAT?

sakit dada.
masih sakit?
erm..
kadang2.
aku x nak pk bukan2.
aku nak idup lama. itu yg pasti
byk lagi amalan yg belum dikerjakn
byk lagi dosa yg aku buat belum diampunkan.

alah. ko suke pk bukan2.
xde pape la.
dr dulu pon ko suke pk bukan2 kan.
tp tgk la skang.
ko membesar ngan jaya nye.
SI GEMUK!
ahaha. biar la aku GEMUK.
aku makan ko bayar ke? tetttttt
yam sewel.

Alhamdulliah.
Satu-satu Allah tunjuk kan jalan tuk aku, kami sekeluarga.
Alhamdulillah.
Abang aku nak berubah.
Alhamdulillah.
Allah maha Esa.

Ya Allah, aku bersyukur ngan segala rezeki dan nikmat yang kau berikan.
Tetapkan la iman ku, cintaku, rinduku hanya padaMu. Agar aku x bergelumang dengan dosa dan noda.
Ya Allah. Peliharalah mata ku, peliharala hatiku, pelihara la kata2 ku. Hindarkanlah aku dari menjadi anak panah syaitan yg direjam kepada umat muslimin. Lindungilah mereka. Lindungi la kami Ya Allah.

Amin. Ya rabb

Sunday 1 January 2012

Bedak Batu

3.41 a.m
lewatnya. masih belum tdo?


Pernah dengar bedak batu?
skarang aku sedang menyapu rata bedak batu itu di muka ku
Kata Mak. bedak ini elok tuk buang jerawat. Org dulu2 x pakai pencuci muka pon.
Dorang pakai bedak ni je. Dah cantik.
Bedak ni org panggil, bedak nyonya jugak. Sebab ade gambar nyonya kat bekas die.


Tibe-tibe aku rindu kan sahabat baik aku Mel.
Kawan di kala susah senang.
Sejak balik dari Jepun, belum lagi dier berjumpa dengan aku.


Bahu aku sakit dari petang td.
Mungkin disebabkan kerja berat. Angkat air baldi dari Sinki ke Mesin Basuh. Gara-gara kekurangan air.
Lagi?
Kepala aku sakit dari petang tadi jugak. Habis 3 jam aku tido namun masih x cukup.
sakit nya masih ada. skarang? ya, masih sakit dan bertambah sakit.