Sunday 29 January 2012

Sifat Solat Nabi

11.04p.m
lepak bilik.
tgk U-tube. Maharaja Lawak

Arini Cik Yam attend Kursus Kawen.
It was FUN!
really FUN!
sgt seronok.
penceramah dier sume klaka abis.
nape Yam p Kursus Kawen??
just teman kan Noi je. 
dari tahun lepas lagi dah book.
plus, x semestinya attend Kursus Kawen
dah sibuk2 nak kawen kan?

Syukur Alhamdulillah.
Kursus ni x tertumpu pasal perkahwinan semata.
Ia menyentuh pasal Akidah, Ibadah dan lain2.
Dah lama x dpt santapan Rohani.
Selama ni yam lebih tertumpu pada Solat, mengaji, dengar ceramah kat TV, Utube.
sebenarnye Yam admit, Yam suke attend ceramah agama.
Sebab akan tersedar mana silap dalam kehidupan
dan kembali pada Allah s.w.t

Teringat masa dulu
Yam terlalu sibuk ngan hal kolej
Ketua Blok la katakan.
slalu stress.
Satu hari, kawan baik Yam, Hana ajak ke Surau.

"Yam, maghrib nnt kite ke Surau nak?"
"Boleh jugak."

kadang2 yam segan ke Surau Kolej.
Ye la.
Satu Kolej tahu Yam macam mana.
Bercakap tanpa segan silu.
Ketawa bersepah.
Kadang2 org sengaja mengusik bile berborak.
sbb tahu Yam akan membidas dan bergurau x tentu hala

Compare dengan si tudung labuh 
yang menjaga tata susila, tertib, bahasa

Tapi hanya manusia terdekat sahaja yg tahu
dalaman Yam macam mana.
antara mereka si tudung labuh juga

Kadang2 mereka tertanya.
Adik angkat kesayangan Yam
Ketua Surau.
jauh panggang dari api.
si Adik baik gile
miahaha..

berbalik pada ajakan Hana tu.
lepas solat maghrib, zikir sume.
ade nye ceramah.
setiap bait kata2 ustaz,
mesti yam terpukul.
Ya Allah. byk lagi perlu aku perbaiki.

samala jugak dengan arini.
Kursus yg dipenuhi dengan ilmu agama
Yam sgt bersyukur
sbb Noi ajak yam attend Kursus ni
sbb mengingatkan kembali pada agama
wlpun dah banyak kali blaja
banyak berlaku di sekeliling
tp Yam x sedar.
bukan x sedar.
lebih pada LEKA
Yam aplikasi kan sume yg ade dlm kehidupan.
Yam tahu, sume ni pinjaman semata.
Segala-galanya milik Allah.
kita hanya hamba dimuka bumi.
yang Yam ingin cari
adalah keredhaan dari Nya.

Yam bukan tergesa-gesa dalam bercinta.
Tapi yam berusaha tuk mendapat kan keredhaanNya.
Ya Allah, Tetapkan rasa cinta ku, rindu ku, Iman ku hanya pada Mu.
sesungguh nya Engkau la yg mengetahui segala sesuatu yg tersurat dan tersirat.
Aku berusaha di jalan Mu dan aku redha dengan ketentuanMu
Ya Allah, Kau maha Kaya..
Aku miskin Ya Allah..
Limpahkan rezeki kekayaanMu itu..
agar aku dapat terus beribadat pada mu..
Ya Allah, Kau maha Berkuasa..
Aku x berdaya Ya Allah...
Berikanlah kesihatan tubuh bdan
agar aku dapat terus memperhambakan diriku pada Mu Ya Allah..
Ya Allah, jika benar dia milik ku Ya Allah..
Kau dekatkan la Ya Allah..
Jika tidak, Kau jauhkan la..agar aku x bergelumang ngan dosa
menyintai org yg salah.
Aku hanya mampu berusaha..padaMu aku berserah..


ok.
arini Yam nak share pasal buku yg baru Yam beli kat JAIS tadi
buku yg sgt berguna.
wlupun kite dah tahu solat.
tp x salah klu kite perbaiki solat
fahami setiap bait bacaan kita
agar kite dekatkan lagi  diri kita ngan Allah.
biar IHSAN kuat dlm diri kite.

ape tu ihsan?
kita beribadat seolah olah Allah berada dihadapan memerhatikan kita.

Camne nak dapatkan ihsan ini?
ada 5 syarat tuk kusyuk dlm solat.
1) hadirkan hati dalam solat.
-lupakan segala urusan dunia
- hanya nak ingatkan Allah yg sedang berhadapan dgn kita
2) fahamkan bacaan nya.
- sementara baca, tahu apa yg dilafazkan.
3) akui kehebatan Allah s.w.t sbg tuhan yg kita sembah dan tiada tuhan melainkan Nya
4) akui kelemahan kita sebagai hamba Allah
5) mengharapkan solat diterima oleh Allah s.w.t

teringat masa Zaman blaja agama kat Matrik
perghhh!!
zaman buang sume baju ketat terus pakai baju longgar n lengan panjang
pendek kata <pendek yg kata, panjang x yer..>
pendek kata, zaman taubat!
time ni, teringat tazkirah Ustaz Suhaimi.
berkaitan ngan point no 5 tadi.

"rasa2 sume solat kita tu Allah tu terima x?"
satu kuliah diam.
"rasa2 kita solat tu kusyuk x?"
satu kuliah masih diam.
sume memikirkan sama ada amalan mereka ataw x.

"siapa kita pada Allah?"
"kita ni hamba dia je. siapa kita di sisi Allah s.w.t?"
"rasa2 cukup x amalan kita? rasa2 amalan kite tu sempurna x?"
"kita solat x kusyuk, taw ape jadi?"
"solat kita dipersembahkan pada Allah, tapi Allah lemparkan balik pada kita."
"amalan x seberapa ni nak di persembahkan pada Allah?"
"layak kah kita??"

satu kuliah masih diam.
hanya kata2 dari ustaz Suhaimi sahaja berkumandang.
dalam benak setiap org.
terlintas.
berusaha tuk menunaikan ibadah yg diterima Allah s.w.t.

andai kata x seberapa, tp diusahakan sebaik mungkin.
bukan sambil lewa.

ni la buku Yam beli siang tadi. Abaikan wajah Safiq Rahim iteww..ahaha.. dah berkurun dah jadi  wall paper laptop yam..miahaha.. buku ni harga RM15 je. berbaloi tuk beli. bagi perkemaskan lagi Solat kita.
Buku ni menceritakan cara-cara solat yg betul,
rukun solat, kesempurnaan solat, kusyuk dlm solat,
perkara2 berkaitan dengan solat. dll.

byk yam nak share kan pasal buku ni.
tapi masa dah suntuk.
skarang dah pukul 1.30 pagi.
esok yam kene kuar uma pukul 7 pagi tuk attend satu hari lagi kursus kahwin.

so, Yam share panduan Solat Bergambar dlm buku ni.

Takbirratulihram dan berdiri yg betul
Rukuk dari depan dan sisi yg betul
Iktidal
Sujud dan Duduk antara dua sujud yg betul
Tahiyat Akhir yang betul
Yang ni yg perempuan punye plak.
Ni Doa yang Yam slalu amalkan lepas solat.
Elok di kongiskan bersama.
Amin.

No comments: