Sunday 26 February 2012

Hati ini Milik Mu Ya Allah

11.22p.m
baru abis tgk running man episode 21
game show ni mmg terbaik.
sekejap je dah buat aku gelak terbarai

setiap kali 
berteleku di tikar sejadah
air mata ini mengalir
diiringi doa

doa di kuatkan iman
dikuat kan kasih
cinta pada Mu Ya Allah

Ya Allah
Tanam kan rasa cinta ku hanya pada Mu
Tanam kan rasa rindu ku hanya pada Mu

Ya Allah
Aku hamba mu yang lemah
memohon petunjuk dari Mu
sesungguh nya kau lebih Mengetahui segala sesuatu
di antara tersirat dan tersurat

Ya Allah
Hamba Mu ini x mampu lagi 
menyintai hamba Mu
Hamba Mu ini hanya mampu menyintai Mu Ya Allah
Hamba Mu ini x mampu menghadapi kekecewaan lagi

Hamba ini keliru

Ya Allah
Aku hanya mampu mencintai Mu sahaja Ya Allah
x mungkin dapat ku serah hati ini pada yang lain

Aku keliru Ya Allah
Jika aku x menerima sesiapa
Bagaimana aku akan memenuhi sunnah Rasul Mu
yang menjadi kan perkahwinan itu satu kewajipan
Aku umat Muhammad Ya Allah
Namun hati ini x tega untuk dilukai tuk sekian kali nya

Ku serah kan hati ini sepenuh nya pada Mu Ya Allah
Bantulah aku mencintai Mu sepenuh hati ku
Sesungguhnya Kau lebih Mengetahui segala sesuatu
Kurniakan lah aku jodoh sebaik-baik nya disisi Mu 
yang dapat membimbing ku dunia dan akhirat.

Amin

Saturday 25 February 2012

Berubah

9.26a.m
lokasi: atas katil. golek2

agak lewat bangun arini.
sebab terjaga kol 3 pagi tadi.. tdo balik lepas subuh.
bangun pukul 7
mak bising air x de.
punah la harapan nak p jogging n pasar.

Masih memutarkan lagu Rapuh- Opick

Maafkan la..bila hati..x sempurna...mencintai Mu..
didalam dada..ku harap hanya..diriMu yg bertakhta.

. K stop talking about apa yang di rasa kala ini.
lets start with new story.
new life.

Cite pasal new life.
Banyak yam kaji tuk kehidupan yang baru ni.
Byk juga yam nak buat perubahan dalam diri
antara nya dari segi fizikal
sikap 
dan rohani

Dari segi fizikal
Yam nak kurus!
so kene kuat semangat tuk jogging.
every weekend Yam akn jog.
skipping. sit up.
no excuses!
Dari segi pemakanan.
Yam dah start x makan nasi. Lebih makan sayur.
Untung nya ada kawan yang baik.
Di syorkan pendietan berfomula.
Kene minum 4 kali sehari
Pagi, Tengahari, Petang and Malam.
Serius, sejak Yam minum air Susu soya ni
hilang selera makan.
Klu lapar, bile minum. otomatik x lapar da.
confirm kurus n cantik cam dulu. hehe
klu ikut diet dulu, yam makan oat je. hehe

Chia pakse beli. RM110. Leh bertahan tuk 2 week.

Dari segi Rupa plak.
Muke yam skang penuh ngan Jerawat.
sebab terlalu stress dan pemakanan yang x terjaga.
itu la untung ade kawan2 yang baik.
Yam ikut Noi buat facial.
abis beratus gak aritu.
skarang Jerawat2 dah kurang.
dalam process meng"clear"kan jerawat dan jeragat
lepas ni kulit akan licin seperti dulu
insyaAllah dengan izin Allah.

Dari segi sikap pulak
maybe dulu yam x serius
keanak-anakan
sensitif.
x sopan sangat.
terlalu cepat stress.
diam tanpa berkata apa2 n sume terpapar di muka.
InsyaAllah
dengan mendekatkan diri ngan Allah s.w.t
Yam dapat mengawal dan mengurangkan perangai x semenggah ni.
masa tuk berubah tuk kebaikan 
masa tuk menjadi lebih matang, 
jaga tatasusila,
bersopan santun, jaga adab 
mengingati dan mencintai Allah sepenuhnya
tuk atasi stress.
berfikir positif sentiasa x kira apa2 situasi.
sabar dalam diri yang penting
insyaAllah, yam akan terapkan dalam diri yang tak sempurna 
Demi kerana Allah s.w.t.
amin

dari segi Rohani
x dinafikan dulu, 
Yam hanya menunaikan solat 5 waktu
membaca doa Waqiah setiap pagi
berpuasa bila perlu
mengaji bila ada masa.

tapi kini
Yam amat merindui Allah s.w.t
sesungguhnya Yam terasa amat kerugian 
kadang-kadang di surau
Yam lihat mereka ini juga mencintai Allah s.w.t
beza nya Yam ngan mereka adalah
keikhlasan dalam menunaikan ibadah
keikhlasan mendapatkan Cinta Allah
cemburu?
ada
mungkin ikhlas hati mereka tuk mencintai Allah lebih tinggi
mungkin banyak amalan mereka yang diterima Allah
Amalan Yam?
Sebab tu yam pun nak berebut mendapatkan Cinta Allah
Cinta tertinggi
Cinta yang tiada tandingan
Cinta yg tak menghancurkan hati Yam
Cinta yang selalu memberi ketenangan.
Cinta ini yang Yam cari selama ini.

Bila dalam kereta di kala pergi ataw balik kerja
Yam akan merenungi kehidupan yam hari-hari
apa amalan yam
apa yang yam nak capai
tuk seiring dengan matlamat yam
iaitu Kebahagian di akhirat kelak

Mungkin dalam beberapa bulan ini 
Yam akan stay kat IBM
lepas ni Yam akan move ke company lain
Company yang provide ceramah, kelas2 agama, 
yang menjanjikan kebajikan dari segi agama

kenapa tidak sekarang?
sebab gaji 
sebab Yam tengah mohon loan tuk rumah.
once confirm Loan Yam lulus
baru yam tinggal kan IBM.
tuk mendapatkan Cinta Allah lebih dalam lagi
rezeki tu Allah yang kasi.
Yam x kata gaji IBM x berkat.
cuma dari segi santapan rohani tiada.
Yam nak lebih masa tuk ilmu akhirat.
itu yang pasti.
Soal gaji, insyaAllah.. 
adalah rezeki di mana2

Pernah kah terfikir
mereka yang bergaji kurang RM1500 masih mampu hidup bahagia.
kenapa?
Kerana rezeki yang diterima itu berkat
dalam keredhaan Allah.
mereka sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang ada.
merasakan cukup pada yang sedikit


Friday 24 February 2012

Tercipta untuk ku

7.03 p.m
Eh time maghrib?
ko sibuk berblogging?
aku cuti. hampir seminggu.
Ya. aku rindu. Rindu akan Tuhanku.
aku hanya mampu berzikir di kala aku amat merinduiNya
berselawat ke atas Nabi selalu

Alhamdulillah.
Hati kian tenang..
setiap yang berlaku di sekeliling semakin baik..
Kerja lancar..
Urusan rumah lancar..
Cuma urusan abang masih x tahu apa kesudahan nya..
Semoga Allah tunjukkan jalan..
Aku bersyukur ngan ape yang terjadi..
di tariknya nikmat..
di balas dengan ganjaran kesabaran dan keimanan..
Cinta buat Nya yang Satu semakin hari semakin dalam..
dan aku x menyesal apa yang terjadi..

semoga dia memperoleh insan yang lebih sempurna dan terbaik untuk dirinya..
dan orang itu tercipta buat diri nya..

InsyaAllah.. satu hari nanti, aku juga akan berjumpa dengan orang yang tercipta untuk ku
dengan izin Allah..

Kadang2 aku terfikir..
perlukah kita mendedahkan segala tuk memikat hati seorang laki2..
begitu mudah mereka bersama

tapi laju ku tepis
aku bukan begitu
aku teringat akan pesan orang2 tua
"jadi la permata yang tersimpan rapi dalam bekas kaca. X mudah disentuh melainkan pemiliknya."

Aku jaga kehormatan ini hanya untuk yang berhak.
Ya Allah, pelihara la diri ini dari menjadi anak panah syaitan

Setiap manusia berpasangan.
Mereka bersama sebab itulah pasangannya.
Baik tuk yang baik.
Kurang baik tuk yang kurang baik.

Kini aku mampu berjalan dengan hati tenang
Tersenyum melihat sekeliling.
Gelagat setiap manusia.
Tiada lagi sedih di hati
walau kadang2 masih menerpa perasaan itu
kuat aku buang jauh
aku tahu dia tak tercipta untuk ku


notes to the account:
Pada Allah, Dia melihat pada hatinya (manusia).. tapi pada manusia, mereka melihat dari zahirnya.

Thursday 23 February 2012

Rapuh

8.33p.m

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini di putar kan lagu Opick - Rapuh berulang kali.

Pagi tadi.. ketika jammed.
Ade seorang budak perempuan < budak ke?>
menangis teresak-esak
di dalam kereta

Betapa dalam nya penyesalan dalam diri
Betapa terasa berat nya dosa-dosa yang ditanggung gadis itu..
Menangis teresak-esak
tanpa segan silu < abis make up>

Tiap bait2 kata lagu Rapuh ini..
meninggalkan kesan yg amat dalam..
terasa sedih yang amat..
sehingga seluruh tubuh menggeletar..
terketar2 bibir..
berjurai-jurai air mata..

Ya Allah.. berikanlah aku peluang..
tuk mencintai Mu..
sedalam-dalam hatiku..
Terimala cintaku..
Aku sedar..aku x layak..
Ampunkan aku.. cinta ini x sempurna..
Izinkan aku mencintai Mu
Terimala Taubat ku Ya Allah..
Izinkan aku mencintai Mu Ya Allah..

Esak tangis gadis itu menjadi2
dikala bait2 ini ke udara

"maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta"


Terasa sgt2..
kerdilnya diri ini disisi Allah s.w.t
Lagu itu diputar berulangkali kala ini
tuk menginsafi diri


Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Cinta Ilahi

8.09p.m

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah.. saya banyak mendekatkan diri ngan Allah dan Rasul.
Tiap kali syaitan datang bersama hasutan2 mereka..
Mengingati Allah dapat menepis segalanya... Insya Allah..

Hampir 2 minggu juga..saya byk mengaji.. solat sunat
agar di kuatkan keimanan..
diperkukuhkan lagi rasa Cinta pada Allah..

kadang-kadang..terlintas juga..
kenapa.. dan mengapa..
tapi ini semua Ujian nya..

Ceramah-ceramah di IKIM byk menyedarkan saya akan kesilapan..
dalam bercinta..
Cinta Allah dan Rasul adalah yang tertinggi..
Cinta Ibu bapa yang kedua..
Cinta Manusia hanya datang selepas Cinta Allah dan Rasul..
Sebelum ni Yam admit.. mencintai Allah dan manusia seiringan..
dikala merindui manusia.. Yam mengingati Allah sebagai penawarnya..
Mungkin salah yam di situ..

Syukur pada Allah..
sesudah solat Istikharah..
diberi petunjuk. dan ini lah terbaik tuk diri Yam dan dia.
Yam redha. Sebab Allah telah menberikan jalan yang terbaik..
Allah tarik nikmat itu sebab ganjarannya adalah kesabaran dalam diri..
keimanan dalam diri.. mungkin ada yang lebih baik dari diri Yam buat dirinya

Syukur pada Allah..
segera ditunjukkan jalan..
agar Yam x terus menerus menyintai org yg salah..

Syukur pada Allah..
Yam lebih dekat..lebih mencintai Allah s.w.t.
berhari2 menangisi kesilapan diri..
berhari2 menangisi akan cinta Tuhan yg x bertepian buat diri ini..

Semalam pagi.. Yam dengar lagu ni..
terpukul..
Kali ini..biar cinta itu hadir tanpa di cari..
Hanya Allah menentukan segalanya..
Hanya Allah yang layak dicintai sepenuh hati..

Cintailah Illahi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

Saturday 18 February 2012

Kawankah?

4.49p.m
Lokasi: Atas katil.
Menelaah beberapa blog
Amik sedikit mood.

Nak kate dah lame x update.
Tipu.
Sebab aku byk delete post2 sebelum ni.
Post2 yg hanya akan melukakan hati aku.

Tahun 2012.
Tanggal 12 Feb 2012.
Cube tengok tarikh nye.
1202-2012.
same nombor klu di terbalik kan.

Tarikh ini 
tarikh keramat 
keramat?
syirik!

Tarikh ini.
"aku lari dari uma"

aku lari dlm ketakutan.
apa yg terlintas di kala
aku lari lintang pukang.
adalah
"MATI AKU"

aku lari macam x jejak tanah.
Laju..
berdessupp..
abis satu kawasan perumahan aku tawaf.
org kiri kanan.
dalam kedai.luar kedai.
hanya memerhati
wlupon 
aku jerit.
"Tolong! tolong saya!"
itu la orang Malaysia.
Melayu, Cina, India
tapi mereka hanya memerhati
Drama Melayu ini.

abis lemak2 aku time ni 
meraung2 meronta2.menangis.
kali ni aku abaikan.
sebab kepala otak aku kate.
Aku kene selamatkan diri.

Abis tawaf satu kawasan.
Aku berjaya meloloskan diri
dengan kereta.
"TEPI!! TEPI!!"
jerit makcik jiran uma aku.
sebab budak2 sibuk berdiri depan kereta aku.
terkejut.
ape yg terjadi sebentar td.
5 minit sahaja.
tapi mengegarkan seluruh kawasan.

aku DRIFT selaju mungkin.
nasib aku punya skill yg amat hebat
<miahaha>

dalam kereta.
aku kekurangan nafas.

dalam otak.
"Solat Zohor. Lokasi Masjid."

sempat aku singgah speed 99
beli mineral 2.

aku teguk.
sebotol abis.

baru aku menangis.

ketika berwuduk aku menangis.
ketika solat aku menahan sendu.
ketika selesai solat.
mengalir air mata tanpa henti.

aku abaikan seorg dua gadis di situ
pasti mereka pelik.
ape terjadi smpi begini.
pucat lesi.

hampir sejam aku menangis di tikar sejadah.

baru aku mencapai telefon.
aku bbm Maya.
xde respon.
aku call noi.
x berangkat.
aku wassap Chia.

aku luah segalanya.
akhirnya, aku menuju ke Bukit Sri Damansara.

"Chia, aku mintak maaf susah kan kau."
"xpe Yam. Hari ini hari kau susah. Hari aku susah, x taw ape jadi.Time tu insyaAllah ko ade tuk aku."

kami berborak di kedai ayam penyet tepi jalan.
di situ aku menangis tanpa henti.
berbaur risau memikirkan emak yang masih tinggal di rumah.

walaupun suara aku rendah.
namun aku tahu.
meja sebelah kiri kanan tahu cerita sedih aku.
senyap. sepi.
memasang telinga.

aku sempat memberi pesanan kepada mak.
"Mak jgn risau, yam ade ngan Chia. ape2 hal mak tepon Chia.Battery phone nak abis"

Yang aku tahu. Mak selamat.
Sudah memadai.

aku dalam Trauma.
Serius.
Sehingga hari ini (18 Feb) aku masih dlm ketakutan.

Phone aku mati petang itu juga.
uncontactable.

Bila malam menjelang.
Mak risau.
Walaupun x di suruh pulang, aku tahu jiwa nya kacau.
Tiada tempat mengadu.

Aku balik.
Dalam ketakutan.
Aku berdoa pada Tuhan.
agar di beri perlindungan.

Alhamdulillah.
Semua dalam keadaan terkawal tatkala aku menjejakkan kaki dalam rumah.
Berkat doa dan percaya pada Yang Esa.
Syukur.

HP aku charge.
Selesai mandi.
aku berwudhuk.
masuk bilik, segara ku capai hp.
berpuluh miscall, dan mesej.
Antara nya dr dia yg menyepikan diri.
Minta putus.
Ya Allah. 
Berat dugaan mu ini.
tertanggung dek hati aku.
Aku menangis.
menangis. menangis. dan menangis.
Puas mak pujuk aku.
Tiada kata.
Hanya Air mata menceritakan segalanya.

Kenapa Hari ini kau pilih tuk keputusan itu?

Aku redha sebenarnya.
Terima segalanya.
sebab aku dah bersedia tuk itu.
dan aku tahu.
Itu yang terbaik dari Allah buat aku dan kamu.
Berhari-hari aku berdoa dari Allah.
Agar ditunjukkan jalan terbaik.

Cuma. kenapa hari itu??

Kenapa kau bangkitkan "telah cuba tuk menyayangi".
Selama ini tidak sedikit pun ada perasaan?
Kenapa di ucapkan kata Sayang?.

Kau bangkitkan "saya x mainkan perasaan awak."
Kenapa di ucapkan kata Sayang sebelum ini?
Kenapa??
Kenapa kau pilih tuk bersama sebelum ini??

Kau tinggalkan aku di saat aku jatuh terjelepuk.
Aku terima kau pergi.
Tapi bukan tuk menambah derita hati.

Hari ini. Kau bahasakan aku Sampah.
Hanya kerana aku berkongsi masalah dengan kawan ku.
Kenapa kau kesah akan hidup aku?
Kau yang memilih tuk pergi.
Atas Dasar Kawan?
Kawan x kan gelar kawan SAMPAH.
Kawan x menambah luka di hati.
Kawan X AKAN MENYEPIKAN DIRI di kala kawan susah hati.
Kawan x kan mempermainkan perasaan kawan nya.
Kawan tidak begini.

Aku ini manusia.
Penuh masalah.
Miskin agama. 
Miskin iman.
Miskin harta.
Miskin kebahagiaan.
Miskin adab sopan.
aku sedar kekurangan diri.

Kata-kata ini di petik dari blog Zack Zukhairi.
Kawan yang baik ialah kawan yang datang pada kau bila kau susah. Dan kata pada kau "jangan risau" semuanya akan ok. aku kan ada?"

Tapi kawan, kawan datang tambah masalah ketika aku susah.
Kawan kah?

Friday 10 February 2012

Hasbi Rabbi

9.56p.m
dalam bilik.
kepala ada sedikit denyut2.
dibiarkan aje. lepas tdo nnt, baik la..

Hasbi Rabbi Jallallah..
Cukup la Allah Penolongku..

Cukup la Islam Pegangan ku.
Cukup la Allah s.w.t dan Rasul Nya 
sebagai Kekasih hatiku.

Hanya itu yang aku mahu.

Thursday 9 February 2012

Solat Sunat Dhuha

Saya x datang office arini.

Nak mendekatkan diri ngan Tuhan.
Arini saya berpuasa..
Saya mengaji selepas subuh..

sy terbace tweet Wardina Safiah..pada masa yang sama saya terbaca post JKKK club
mengajak solat Dhuha..
maka..tergerak ati tuk menunaikan nya..
selepas itu..sy sambung mengaji lagi..
Alhamdulillah..
Semoga Allah memberi ketenangan dalam diri ini..

Mari kita amalkan..
InsyaAllah.. byk dekatkan diri dengan Allah..
mencintai Allah s.w.t sepenuh hati kita..
Tiada lagi hasutan syaitan..wlupn mereka berusaha..
kite juga berusaha menepis semuanya..

Hasbi Rabbli Jallallah.. Cukuplah Allah sebagai penolongku..


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 

kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 

dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 

jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.