Thursday 9 February 2012

Solat Sunat Dhuha

Saya x datang office arini.

Nak mendekatkan diri ngan Tuhan.
Arini saya berpuasa..
Saya mengaji selepas subuh..

sy terbace tweet Wardina Safiah..pada masa yang sama saya terbaca post JKKK club
mengajak solat Dhuha..
maka..tergerak ati tuk menunaikan nya..
selepas itu..sy sambung mengaji lagi..
Alhamdulillah..
Semoga Allah memberi ketenangan dalam diri ini..

Mari kita amalkan..
InsyaAllah.. byk dekatkan diri dengan Allah..
mencintai Allah s.w.t sepenuh hati kita..
Tiada lagi hasutan syaitan..wlupn mereka berusaha..
kite juga berusaha menepis semuanya..

Hasbi Rabbli Jallallah.. Cukuplah Allah sebagai penolongku..


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 

kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 

dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 

jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

No comments: