Saturday 25 February 2012

Berubah

9.26a.m
lokasi: atas katil. golek2

agak lewat bangun arini.
sebab terjaga kol 3 pagi tadi.. tdo balik lepas subuh.
bangun pukul 7
mak bising air x de.
punah la harapan nak p jogging n pasar.

Masih memutarkan lagu Rapuh- Opick

Maafkan la..bila hati..x sempurna...mencintai Mu..
didalam dada..ku harap hanya..diriMu yg bertakhta.

. K stop talking about apa yang di rasa kala ini.
lets start with new story.
new life.

Cite pasal new life.
Banyak yam kaji tuk kehidupan yang baru ni.
Byk juga yam nak buat perubahan dalam diri
antara nya dari segi fizikal
sikap 
dan rohani

Dari segi fizikal
Yam nak kurus!
so kene kuat semangat tuk jogging.
every weekend Yam akn jog.
skipping. sit up.
no excuses!
Dari segi pemakanan.
Yam dah start x makan nasi. Lebih makan sayur.
Untung nya ada kawan yang baik.
Di syorkan pendietan berfomula.
Kene minum 4 kali sehari
Pagi, Tengahari, Petang and Malam.
Serius, sejak Yam minum air Susu soya ni
hilang selera makan.
Klu lapar, bile minum. otomatik x lapar da.
confirm kurus n cantik cam dulu. hehe
klu ikut diet dulu, yam makan oat je. hehe

Chia pakse beli. RM110. Leh bertahan tuk 2 week.

Dari segi Rupa plak.
Muke yam skang penuh ngan Jerawat.
sebab terlalu stress dan pemakanan yang x terjaga.
itu la untung ade kawan2 yang baik.
Yam ikut Noi buat facial.
abis beratus gak aritu.
skarang Jerawat2 dah kurang.
dalam process meng"clear"kan jerawat dan jeragat
lepas ni kulit akan licin seperti dulu
insyaAllah dengan izin Allah.

Dari segi sikap pulak
maybe dulu yam x serius
keanak-anakan
sensitif.
x sopan sangat.
terlalu cepat stress.
diam tanpa berkata apa2 n sume terpapar di muka.
InsyaAllah
dengan mendekatkan diri ngan Allah s.w.t
Yam dapat mengawal dan mengurangkan perangai x semenggah ni.
masa tuk berubah tuk kebaikan 
masa tuk menjadi lebih matang, 
jaga tatasusila,
bersopan santun, jaga adab 
mengingati dan mencintai Allah sepenuhnya
tuk atasi stress.
berfikir positif sentiasa x kira apa2 situasi.
sabar dalam diri yang penting
insyaAllah, yam akan terapkan dalam diri yang tak sempurna 
Demi kerana Allah s.w.t.
amin

dari segi Rohani
x dinafikan dulu, 
Yam hanya menunaikan solat 5 waktu
membaca doa Waqiah setiap pagi
berpuasa bila perlu
mengaji bila ada masa.

tapi kini
Yam amat merindui Allah s.w.t
sesungguhnya Yam terasa amat kerugian 
kadang-kadang di surau
Yam lihat mereka ini juga mencintai Allah s.w.t
beza nya Yam ngan mereka adalah
keikhlasan dalam menunaikan ibadah
keikhlasan mendapatkan Cinta Allah
cemburu?
ada
mungkin ikhlas hati mereka tuk mencintai Allah lebih tinggi
mungkin banyak amalan mereka yang diterima Allah
Amalan Yam?
Sebab tu yam pun nak berebut mendapatkan Cinta Allah
Cinta tertinggi
Cinta yang tiada tandingan
Cinta yg tak menghancurkan hati Yam
Cinta yang selalu memberi ketenangan.
Cinta ini yang Yam cari selama ini.

Bila dalam kereta di kala pergi ataw balik kerja
Yam akan merenungi kehidupan yam hari-hari
apa amalan yam
apa yang yam nak capai
tuk seiring dengan matlamat yam
iaitu Kebahagian di akhirat kelak

Mungkin dalam beberapa bulan ini 
Yam akan stay kat IBM
lepas ni Yam akan move ke company lain
Company yang provide ceramah, kelas2 agama, 
yang menjanjikan kebajikan dari segi agama

kenapa tidak sekarang?
sebab gaji 
sebab Yam tengah mohon loan tuk rumah.
once confirm Loan Yam lulus
baru yam tinggal kan IBM.
tuk mendapatkan Cinta Allah lebih dalam lagi
rezeki tu Allah yang kasi.
Yam x kata gaji IBM x berkat.
cuma dari segi santapan rohani tiada.
Yam nak lebih masa tuk ilmu akhirat.
itu yang pasti.
Soal gaji, insyaAllah.. 
adalah rezeki di mana2

Pernah kah terfikir
mereka yang bergaji kurang RM1500 masih mampu hidup bahagia.
kenapa?
Kerana rezeki yang diterima itu berkat
dalam keredhaan Allah.
mereka sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang ada.
merasakan cukup pada yang sedikit


No comments: