Thursday 23 February 2012

Cinta Ilahi

8.09p.m

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah.. saya banyak mendekatkan diri ngan Allah dan Rasul.
Tiap kali syaitan datang bersama hasutan2 mereka..
Mengingati Allah dapat menepis segalanya... Insya Allah..

Hampir 2 minggu juga..saya byk mengaji.. solat sunat
agar di kuatkan keimanan..
diperkukuhkan lagi rasa Cinta pada Allah..

kadang-kadang..terlintas juga..
kenapa.. dan mengapa..
tapi ini semua Ujian nya..

Ceramah-ceramah di IKIM byk menyedarkan saya akan kesilapan..
dalam bercinta..
Cinta Allah dan Rasul adalah yang tertinggi..
Cinta Ibu bapa yang kedua..
Cinta Manusia hanya datang selepas Cinta Allah dan Rasul..
Sebelum ni Yam admit.. mencintai Allah dan manusia seiringan..
dikala merindui manusia.. Yam mengingati Allah sebagai penawarnya..
Mungkin salah yam di situ..

Syukur pada Allah..
sesudah solat Istikharah..
diberi petunjuk. dan ini lah terbaik tuk diri Yam dan dia.
Yam redha. Sebab Allah telah menberikan jalan yang terbaik..
Allah tarik nikmat itu sebab ganjarannya adalah kesabaran dalam diri..
keimanan dalam diri.. mungkin ada yang lebih baik dari diri Yam buat dirinya

Syukur pada Allah..
segera ditunjukkan jalan..
agar Yam x terus menerus menyintai org yg salah..

Syukur pada Allah..
Yam lebih dekat..lebih mencintai Allah s.w.t.
berhari2 menangisi kesilapan diri..
berhari2 menangisi akan cinta Tuhan yg x bertepian buat diri ini..

Semalam pagi.. Yam dengar lagu ni..
terpukul..
Kali ini..biar cinta itu hadir tanpa di cari..
Hanya Allah menentukan segalanya..
Hanya Allah yang layak dicintai sepenuh hati..

Cintailah Illahi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

No comments: