Thursday 24 May 2012

Kosong

1.56 p.m
4 minit lagi abis la waktu lunch aku.
4 minit ini, apa yang akan aku coretkan?
entah.
.K.O.S.O.N.G.
itu yang aku rasa skarang.
x tahu apa yang bermain di minda
lalu istigfar bermain di bibir
apalah. apalah yam ni
kenapa begini?
aku pon  tak tahu.
tak ada perasaan.
itu yang pasti.

Kita sering melihat ke belakang sehingga terlupa melihat masa akan datang. #SeindahSakura



kata - kata ini bermain di minda.
pagi tadi aku lihat cermin.
dan kata -kata itu menerjah di minda
aku cuba senyum.
tapi x menjadi
kelihatan senyum aku kelat
sekelat muka aku.

Tepat pukul 2 petang.
cukup sudah coretan arini.
aku harus kembali bekerja memikul amanah yang di berikan
sekian.

Meja tulis  IBM
2.00p.m

Saturday 12 May 2012

Seringkali

11 May 2012
10.03 a.m

Seringkali aku melihat sekeliling
Bila siang... langkah aku lahy meninggalkan parkir
Dunia aku bermula di pejabat
Ramai betul manusia seperti aku
Bekerja keras - mencari rezeki
tuk memenuhi asasi dan kehendak

Ruang legar aku dipenuhi mereka yang sebaya dengan aku
Jarang aku lihat mereka yang seusia ibuku..
mungkin seorang dua yang masih gagah
itu pon.. kalau ada..
sampai waktu tepu otakku
kunci ku capai,
ke tempat customer kita yer!

Bila siang berganti malam
Ruang legar aku bertukar seperti di dalam kotak
Ruang tamu, dapur dan bilik
Peranan juga bertukar
Jika bicara tentang kerja perempuan
sampai esok lusa tak berkesudahan.
Emosi juga bertukar
Andai tiada masalah, indah saja dunia
tapi,
tak semua itu indah, bukan?
Sabar dan tabah sahaja pengubat jiwa

Seringkali 
jiwa memberontak
sampai satu masa 
aku mahu keluar dari kepompong ini

Seringkali
hati menjerit
sampai bila aku harus menanggung derita ini?

Seringkali 
aku ingin pergi
pergi dari sini

Seringkali
aku tak yakin dengan masa depan ku
jika masih begini

SEMALAM
Drama melayu itu ke udara lagi
tapi dengan cerita baru
aku?
cepat2 aku lari ke bilik
hanya mampu memasang telinga
tak mampu berkata-kata
pelbagai isu diperdebatkan
................
... ah.... sudahlah...
usah bicara tentang masalah!
sampai bila pun tiada sudahnya
aku pun naik jelak akan semua ini

tapi aku tahu
bahawa Tuhanku tak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia
Tuhanku Maha Mengetahui setiap sesuatu
Makanya..
aku hanya mampu termenung
kerna aku buntu
tiada resolusi

Hari ini
aku cuba lari dari rutinku..
membawa diri di tepi tanjung
Ruang legar aku tiada hadnya..
tidak sempit, sesempit otak ku

Di atas batu ini..
aku coretkan rasa
aku dikelilingi batu-batu cantik
rumput nan hijau..
pokok-pokok sebesar pemeluk
beberapa batang pokok atau ranting berselerakan


Dongak sedikit,
Laut Selat Melaka di hadapan ku
Luas.. tak bertepian..
Sesekali bot-bot kecil datang membelah lautan
pantas ombak datang menyembah batu-batu ini..


Jauhhh.. disana..
Kelihatan kapal-kapal dagang berlabuh..
Eh... burung berterbangan perlahan di tengah lautan..
mencari makanan pastinya


Ya Allah.. indahnya ciptaan Mu..
Syukur ke hadrat ilah
di beri kesempatan ini
untuk merasa..
sedang orang lain menderita dan tersiksa

Kedengaran bunyi jet di udara
ku dongak tinggi sedikit..
jet polis marin agakanya
sedang menjalani latihan
berputar2 di atas sana..
seronok agaknya berada di atas sana

Ku lihat kelibat awan pula
cantik..
seketul-seketul di dada langit
tiada celanya
sedikit demi sedikit
mentari menebarkan wajahnya..
hari kian terik.
aku masih disini
menikmati keindahan alam

aku tak mampu membuka mata dengan luas tika ini
bulu mataku melindungi pemandagan ku
mungkin.. hari mula panas

Ini rezeki aku hari ini
Allah beri kesempatan aku ke sini..
Diberikan nikmat kaki dan tangan..
kenderaan untuk ke sini
diberikan pula nikmat merasa..
aku mampu merasa dengan sentuhan tanganku,
dengan jejak kaki ku
aku juga mampu menghirup udara laut
yang panas <aku kira>
aku mampu melihat semua yang ada di hadapanku
aku mampu merasa suasana disini
aku mampu menilai semua ini
malah ia berlaku serentak semua sekali
hanya dengan izin Allah s.w.t
dan apa yang aku rasa itu
milik Allah s.w.t
aku ini pinjaman semata
keindahan ini pinjaman semata
ada yang lebih indah dari ini
dan itu juga milik Allah sepenuhnya
iaitu syurga hakiki

Ya Allah
Seringkali aku tertanya
akan amalan ku yang tak seberapa ini..
Adakah amalan ku diterima?
Seringkali aku menangis berteleku
mengenang dosa-dosa lalu..
walau sebesar zarah pun
aku takut akan azab siksa mu..

Ya Allah..
 tak sedikit pun dalam hati ini aku ingin curang padamu
terkadang aku terkenang akan cinta manusia
yang seringkali menghancurkan hati aku
dan hanya Kamu penawar dukaku
Maafkan aku kerna tak sempurna dalam mencintaiMu
Tetapkan iman ku Ya Allah
Bantulah aku agar aku senantiasa
menyebut-nyebut namaMu dan mencintai Mu
sepenuh hatiku

Ya Allah
tak tergambar kesyukuran ku..
dalam meniti perjalanan hidupku..
kau ambil nikmat itu, kau hadirkan kesedihan dalam hatiku
namun kau gantikan dengan keimanan ini,,
Sesungguhnya aku amat mencintaiMu
Jadikanlah aku dalam golongan kekasihMu
Ya Allah..
Jadikanlah aku antara mereka yang berusaha
mendapatkan cintaMu Ya Allah


اللهم لا علم لنا الا ماعلمتنا انك انت العليم الحكيم

Sekian, coretan pagi ini

11.17 pagi
Tanjung Harapan,
Pelabuhan Klang.

Wednesday 9 May 2012

Syukur

9.51p.m
Lokasi: Hall, duduk atas bantal kat lantai.
Memang x suke duduk atas sofa. x taw kenape.
sometime, klu dtg uma org, disediakan kerusi pon, Yam duduk atas lantai.
ntah la. maybe Yam selesa duduk di bawah
atau mmg dah jadi habit Yam dr kecik.
tp klu first time datang, teragak2 jugak la nak duduk ke lantai.
segan rasenye.

Sedang menonton 30 minit Ustaz Don.
Teringat hasil merapu Yam ketika menanti Mak semalam di dlm kereta.
So copy paste dr kertas ke kertas maya ini.

*******************************

8 May 2012 - 8.50 a.m

Terkurung dalam kereta
merasakan teriknya mentari
menanti Si Ibu bekerja di dalam bangunan
apa kau buat disini?
Sudah ku katakan tadi
aku menanti ibuku
sepanjang malam ibu menahan kesakitan
sepanjang malam tidurku tak lena
memikirkan kesakitan yang ditanggung oleh nya
Ibu muntah- muntah.. banyak..
Ibu demam sampai sejuk kakinya

Seawal pagi keluar ke pejabat ibu
ikut kiraan, ibu perlu punch card dan 
khabarkan kepada mereka betapa tidak sihatnya dia
tapi...ada beberapa perkara mustahak harus diselesaikan
maka hingga kiri aku keseorangan dalam kereta
hanya radio IKIM peneman setia
sempat jua aku mengaminkan Doa Dhuha

Bosan menanti
aku mencari bahan untuk dibaca
"Bogel menuju Tuhan"
Buat sekian kalinya aku membacanya
Buku ini masih disini
mengimbau kembali seseorang yang pernah bersamaku
yang pernah beraja dihatiku
yang pernah ku sanjung tinggi 
yang pernah aku letak tinggi 
kerna sangkaku
dialah bakal Imamku.
kerana dia, buku ini masih disini
Dan aku
masih begini
menanti pengganti bagi dirinya
Segalanya telah tersurat
Dan aku tahu Tuhanku lebih mengetahui
apa yang tersirat dan yang tersurat
Dia
lebih tahu apa yang terbaik buat ku
Aku yakin
Tuhanku telah mengatur 
orang yang lebih layak bersamaku
Yang tertulis sejak azali
bahawa aku miliknya
Dan aku akan berusaha 
persiapkan diriku
untuk mencari ilmu Allah s.w.t
sebagai bekalan dalam menghadapi hari-hari mendatang

Ya  Allah, aku bersyukur akan rasa ini.
Ya Allah, aku bersyukur akan nikmat Islam dan Iman yang berikan
merasakan cukup pada yang sedikit
bersyukur pada yang banyak.
Aku mohon, jangan kau pesongkan hati ini
setelah kau berikan hidayah Mu Ya Allah.
Ampuni aku.
Terimalah taubat ku.
Ampunkan dosa aku, dosa kedua ibubapa ku, abang dan kakak ku, para guru, para sahabatku, muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya kami tak sanggup menanggung seksa neraka Mu
Ya Allah
Kau Maha Besar.
Kami tak berdaya dan tak terdaya.
Berikanlah ketetapan iman dari awal hingga ke akhirnya.
Tetapkan la rasa cinta ini, rasa rindu ini 
hanya pada Mu.
Amin. Ya Rabb.

Monday 7 May 2012

Signboard


7.01p.m
menelaah Tagged, FB and twitter dari tadi.
golek2 atas katil.

Klu teringat kisah dulu, mesti tersenyum..
nak kater tergelak sorg2, cam x masuk akal.
ye la, ko teringat..pastu tergelak sorg2. x ke gile name nye.
klu tersenyum tu agak diterima pakai bagi yg rasional la
keh keh keh

kenape tetibe senyum?

sebab aku teringat kisah ketika blaja dulu.
like always.. disebabkan kelurusan bendulan aku
senantiasa menjadi bahan lawak senda gurau teman.
klu jumpe balik ngan dorg, pasti cerita itu diungkit2..dan kebanyakan cerita itu
berkaitan ngan aku.
kenapa? sebab aku je yg sengal. ahaha.
Aku x kesah klu org cakap aku sengal. sebab aku tahu, aku secara tidak sengaja begitu.
Tapi aku akan kesah bile KEKASIH hati aku cakap aku sengal.
Walaupun aku tahu aku begitu, tp aku akan SENTAP.
aku awek ko kot! ko x leh jage ati aku? ahaha.. camtu la.
ntah kenapa aku pon x tahu. mmg akan terasa sgt ati,
maybe bagi aku, aku ni seseorg yg istimewa buat kau, sampai hati kau berkata begitu.
teganya kamu?
<cam penah kene je yam?>
<sebab penah kene la aku cite. so pls, dont call me SENGAL ok>
Contoh bersama Hafiz dulu:
Satu ketika di dlm wayang.
"Nape tunduk2 cari nombor, kat kerusi kan ade tulis.sengalnye" erm.. kecik ati, tapi diam kan je.
Ketika dengan Usin aka Fairuz Jusoh.
aku bercerita beriya <aku mmg cite beriya> pasal kelurusan bendulan aku. cite ape? x igt.
lalu respon diberikan "Awak memang sengal pon"
Sentap sgt. Diam terus.
<nape dua name ni je? sebab aku syg dua2 ni smpi arini>
<jauh ko meraban ni yam>

tp kkdg aku terasa jugak klu kesengalan aku itu dibahan2kan.
Example:
"Gile sengal yam ni. Sumpah sengal gile. Awak tahu x, Yam ni sengal gile Dia je sengal camni. Yam, sila jgn sengal sgt boleh?Teruk sgt taw." Lagi2 kesengalan aku dihebahkan kepada org ramai. Klu sekadar sorg dua, aku x kesah. Tp klu satu tempat tu diceritakan, itu mengaibkan aku tahu x?

aik topik aku arini psl SENGAL ke? ahaha. sengal tol la.

ok. cite aku ni berkaitan kelurusan bendulan instead of kesengalan aku.
tadi tu sekadar luahan perasaan yg terbuku.. agak lama la.
hopefully, lepas ni. klu sape2 yg nak bercinta ngan aku, jgn la kuar perkataan sengal itu kepada aku.
confirm, aku terasa hati, Dosa taw! ahaha.

"signboard"
petanda jalan?
petunjuk jalan?
what is the correct word to describe?
hak2. lepas google, "papan tanda" maksudnye
serius direct translate okeh.

Aku tengok tv.
"Awk x nak tanye sape2 ke camne nak g tempat tu."
"ala, nnt kite redah je. Signboard kan ade byk."
time ni la aku tersenyum.
perkataan signboard ni cukup sinonim ngan aku
smpi mati pon aku akan igt cite berkaitan perkataan ni.
cite signboard ini la jugak akan menjadi bahan gelak ketawa 
kami si Gend & Associate
Siape Gend & Associate ni?
Kang klu cite pasal Gend & Associate. lupe plak motif utama cerita aku arini.
di pendekkan cite. Gend & Associate ni geng aku mase kat UPM
merangkumi Noi, Chia, Pira, Hana, Nisa, Aku, Eja and Serina.
So, BF, suami dorg secara tak langsung termasuk dlm geng ini jugak.

okeh. 
"signboard"
"Abang amin kate jgn ikut signboard!!!"
itu la ayat yg seringkali menjadi pembuka bicara kami semua.
time tu aku mesti dah gelak guling.
dan itu la pesanan Abang Amin<abg ipar aku> suatu ketika dulu

Al kesah nye, aku ini memang buta geografi.
Mase PMR dulu pon, Geografi aku D.
ahahahaha.
so klu bercakap pasal arah jalan, lokasi tempat.
mmg aku fail.
bile org lurus bendul macam aku ni diberi advise.
aku ikutkan je la.

Ketika itu, kami <aku & Noi> on the way balik ke UPM.
1st time balik UPM nek moto.
Abg Amin tunjuk jalan short cut.
so, x follow sign board
kononnya, jalan yg dier kasi tu pendek, yg ade signboard tu panjang.
tp jalan nye agak berselirat
dan semestinya aku x igt jalan yg ditunjukkan.
hahahaha

Nak di jadikan cerita.
Kami sesat. hahaha.
Bile Noi cakap, "kite cari signboard."
saya dengan jujurnya berkata.
"Abang amin kata jangan ikut signboard."
tidak ke kesengalan berlaku disitu.
skarang ko dah sesat Yam oiiiiii..
xkan xnak ikut signboard pulak.

Begitu la yang terjadi
setiap kali kami berlapan keluar bersama.
Tiap kali kami mencari signboard, setiap kali la
mereka akan membahankan aku.
"Abang amin kata jangan ikut signboard weyhhhh. salah klu ikut signboard"
siot punye sahabat.
miahahaha
muke aku mesti merah

Sejak itu, aku terus berpandukan signboard, wlu sesat macam mana pon, masih mampu mencari jalan pulang. aahahah.

ade lagi kisah kesengalan aku yg lain. 
tapi memandangkan sudah lewat malam. 
saya sangat mengantuk.
lain kali sahaja kita sambung ya?

Maafkan aku jika tersalah bahasa, terbuat dosa secara langsung atau tidak langsung. Maafkan aku jika di hatimu ada rasa benci walau sebesar zarah. Aku mohon maafkan aku. Aku maafkan kamu juga.
Maafkan aku Ya Allah kerna x cukup sempurna dalam mencintaiMu sepenuh hatiku.
Assalamualaikum w.b.t



Saturday 5 May 2012

3 Tahun lagi

5.46 p.m
melepak tengok tv.
Arini agak membosankan.
dr td rase cam buang masa, rase malas menyelubungi diri.
tp pelik, bile buat keje kejap je siap.
tgh2 rase malas tu, p masak kejap, campak2 je, dah siap. amazing.
slalu punye la lembap aku masak.

wahhhhhh sentap tgk tv ni. tutup tv terus!
<tetibe je>

"Akak cube teka umo sy brape?"
"erm... 22 tahun?"
"aaa i wish! 24 tahun la kak. 6 tahun lagi nak jadi 30."
"ko 6 tahun lagi nak jadi 30. akak ni 3 tahun lagi."
"3 tahun lagi kak? tu bahaya tu kak, bahaya."
 -----------
aku tengah lipat kain terberenti?
motif?
3 tahun nak 30 tahun tu aku jugak okeh!
sentap!
sentap!

tetibe xde mood nak berblogging.
#kbai.
mood aku hilang.
siyes hilang.
sensitif.
maybe aku 1st day period.
emo lebeyh.
wakakakaka


Tuesday 1 May 2012

Ustaz Don "Edisi Khas"

9.33 p.m
menonton Ustaz Don "Edisi Khas"
InsyaAllah, segala isi dalam majlis ilmu ini
akan di catatkan dalam blog ini.
ahahaha.
dah macam minit mesyuarat plak. keh keh keh

Awat ade Edisi Khas plak nih?
sempena 30 minit Ustaz Don dah sampai Episdoe ke 100.
Alhamdulillah.

Mukadimah Ustaz Don bermula dengan Pesan Nabi s.a.w.
1)"Jaga hubungan sesama kita" Related example: Orang skarang klu buat ape2, sume buat sorg2, xde nak bersemuka, main game sorg2, berfacebook, xde ketuk uma dah.klu ape2, sms je. Rasulullah s.a.w dah agak, mase akhir zaman nanti, akan terjadi keadaan seperti ini. Maka Rasulullah bersabda

"Demi Allah, orang yg berseorangan itu tak kan masuk syurga sampai dier beriman."

Maka dengan itu, tuk eratkan rapatkan ukhwah,  "Sebarkan salam antara kamu"

"Antara tanda-tanda akhir zaman, org tak bagi salam melainkan salam kepada org yg dier kenal sahaja."
-mmg betul pon. kite pon kalau jumpe org, selisih, jalan je.mana nak tegur. sebab kite x kenal kot. tapi klu ikutkan, kite kene bagi salam kat sesiapa sahaja yang kite jumpe.

2)"Doa senjata orang Mukmin" - Ustaz Don terima call dari Chennai, India. Fuyoo.. jauh kot. hehe.
Dalam call org tu, org tu doa kesejahteraan, pendek kate sume la. Walaupun kita x kenal org tu, tapi klu doa org mukmin itu ikhlas, insyaAllah akan sampai kepada kita.

*******************************

Iklan sebentar. <skang tengah iklan tv pon>
mm... dah setengah jam berlalu
hanye 2 pesanan je disampaikan
yang lain bercerita tentang Episod 100 die..
lalala..
maybe dier nak menghargai peminat2 dier

Ehhhh... tetibe muncul plak wartawan TV alhijrah
Rupe2nye mmg khas tuk cerita Latar Belakang Ustaz Don
Byk surprise tuk ustaz Don tanpa dier ketahui langsung.
ahaha
n u know what?
He sooo cute when he shy.
Sangat comel okeh!
<terlupe plak, aku kan suke org pemalu. ahaksss>

*******************************
Antara butir diri yg sempat aku tangkap.
14 Nov 1984-Hosp Besar Bukit Mertajam.
Anak kedua dari 4 adik beradik.
Akak Sulung 3 ninjas

******************************
terberenti kejap.. 
sebab gembira sgt dengor cite kakak Ustaz Don.
dengar smbil tersengih

******************************
k fine!
nanges!!
nanges sgt.
bile Ustaz cakap
"wallahi.. Demi Allah, saya bersyukur sgt2 ade ibubapa.."

sebab Yam nanges?
sebab aku syg sgt ngan mak Yam.
syg giler, terbalik bumi pon, aku tetap akan bersama ngan mak.

Antara pesan2 ustaz Don malam ni

1) "Seorang ayah dan seorg ibu pasti tahu apa yang baik tuk anaknya.." Betul. Jgn pernah melawan. Bukan bermakna kite mengalah, tapi setiap yang diatur ade hikmah disebaliknya dan Ibubapa kita tahu ape yg terbaik tuk kita. Dulu, yam selalu gak lawan cakap mak, sebab yam igt yam betul. Tapi bila tiba masa Yam tersedar akan kesilapan Yam, Yam menangis semahu2nya, x penah nanges camtu, teresak2 menangis minta maaf <smpi henjut2 badan menangisnye>. Yam admit Yam ego tiap kali lawan mak tp time tu, Yam buang ego Yam, Yam mintak maaf smpi nanges teruk sgt2. Yam letak diri yam paling bawah sekali, mengharapkan pengampunan dari mak. Alhamdulillah, sampai lani. Ape pon jadi, yam byk diam dan dengar sbb yam tahu Mak tahu ape yg terbaik tuk Yam. InsyaAllah.

2) "Guru mesti kita hormat.." Terlihat mmg ustaz Don meletakkan guru2 beliau ditempat yang tinggi. Alhamdulillah,sama2 kita terus kan berdoa tuk para guru kita setiap kali solat, semoga hidup mereka diberkati dalam usaha mendidik dan menegakkan syiar Islam. Amin.

3) "Orang yg hafal Al-Quran ni orang yang istimewa. Allah yang pilih dia" - Alhamdulillah. InsyaAllah, akan berusaha ke arah itu juga. Doakan tuk Yam k.

4) "Belajar mesti kerana Allah s.w.t dan mesti syg cikgu" - itu pesan ayah Ustaz Don mase dier kecik. Yam? x da. tapi takpa. Rezeki orang lain2. Untung Ustaz Don punya keluarga yang sempurna. Yam berbeza, punya background yang berbeza, punya keluarga pecah belah tapi syukur, Allah masih bagi peluang pada Yam tuk perbaiki diri, tuk cari cinta Nya. Amin.

Pesanan terakhir dari Ustaz Don dan Yam akan igt sampai mati
Kata2 ketika mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika menggantikan Nabi
"Ikutlah aku untuk bertemu Allah dan juga Nabi, selagi mana aku taat pada Allah"
"selagi saya berpegang pada Al-Quran dan AsSunnah, ikutlah saya selagi saya x menderhakai Allah s.w.t. Jika saya x taat pada Allah, jgn ikut saya. Saya mohon."

notes to the account: Semoga Allah rahmati kehidupan Ustaz Don. Semoga segala usaha Ustaz Don berterusan, keikhlasan beliau tetap hanya kerana Allah s.w.t. Amin