Sunday 22 April 2012

Cik Paris Diva Kampung

5.04p.m
Menonton Cik Paris Diva Kampung
Mule2 rase cam kosong n menyampah tgk cite ni
Ye la, nak follow life cam Paris Hilton konon.
But lame2 cam best
just imagine Orang Kaye duduk Kampung.

Ko?
aku slalu cakap, aku "Orang Kaye IBM"
miahahaha
"orang kaye je parking bawah IBM" 
"Orang kaye IBM balik keje."
"Orang kaye IBM dah kayap."---> itu semua aku
Tetttttttttttt..

Makne nye, Takde Duit tapi berlagak cam Orang Kaye.
Nak parking tempat mahal2. Padahal malas nak jalan jauh2.
Balik keje cepat2. Orang kaye mana duduk ofis lame2. dorg dtg ofis, sign n blah. cam aku, ahahaha.
Sampai satu tahap, bawak bekal sbb dah kayap. keh keh keh.

Pejam celik pejam celik.
dah 4 tahun dah aku keje kat IBM.
Dulu keje ngan CFO internally,
skang keje ngan customer externally plak.
Alhamdulillah. Rezeki Allah yg kasi.

Daripada x dpt beli Uma,
Skang uma dah beli tuk mak,
lepas ni x yah la nak penat2 panjat tangga lagi.
xde la otot bengkak2.
ape la aku ni. belum tua, dah sakit otot2.

Penat sebenarnye.
Hidup dah x macam dulu.
Dulu aku pk keje je.
mengemas time weekend je.

Skang dah lain.
Siang kerja keras.
Balik keje, amik mak dari keje,
terus memasak. pas Maghrib makan malam. 
pastu terus mengemas, mengelap, mengemop, basuh baju smpi pukul 11 malam.
Dah mule buat sorg2. Dulu mak ade, leh buat sama2. 
skang mak dah x sihat. sume dah kene buat sendiri.

Just imagine. Kerje tanpa henti dari pagi sampai tengah malam. 
Ni baru anak dara, esok? 
bile tukar title Puan Sri? camne plak.
Nak layan suami lagi. Huh! penat.

Cite pasal Jodoh ni.
pon  penat jugak nak cite!
AHAHAHA.
x larat dowh! 
ati ni bagai di carik2 nak percaya org baru.
nack cari pon x taw camne.
kite bukan cari ikan kat pasar.
pilih2.untung nasib, dapat yg fresh, klu x elok, terus blah.
Jodoh ni, salah pillih, merana hidup.

Kelmarin menonton TV alhijrah.
Bercerita berkenaan Gantung x Bertali.
Kebanyakan Cerita bermula dengan cinta, sayang sepenuh hati.
Ada isteri tu, dah 2 bulan ditinggalkan suami tanpa khabar berita.
Namun x jua keluar rumah kerna takut dikatakan "Nusyuz"
See! Perempuan jugak setia.
Perempuan jugak takut akan TuhanNya.
Tetap setia menanti suami. Tapi suaminya?
Tinggalkan tanpa Nafkah. sedang isteri berbadan dua.
Suami ape tu??

Lagi pulak bile aku dengar cerita benar org sekeliling.
Di awal perkahwinan, punya berlagak pada aku.
"Aku kahwin lelaki Kaya. Kuat sembahyang. Pembersih"
Tapi yang pasti, lelaki beliau sangat cerewet. Memandang rendah bagi yang miskin.
<cerita ini bukan sebagai umpatan, niat aku sebagai iktibar kerana Allah s.w.t>
Hari ini, dier menangis dalam hati kerena terseksa dengan kehidupannya.

Cerita2 camni buat aku takut tuk hampiri perkahwinan.
Takut nak percaya seorg lelaki.
Dulu aku pernah menyintai org yg cerewet.
x mensyukuri rezeki nya.
klu x kene pada tekaknya, makanan tersebut di tolak tepi.
aku tgk sahaja rezeki itu.
Mungkin dier x tahu, betapa sukarnya nak mendapat sesuap nasi.
Mungkin dier x sedar, nasi itu menangis. Menangis sebab ia bakal dimakan oleh Syaitan.
Mungkin dier x tahu, mungkin makan terakhir itu terdapat keberkatannya.
Mungkin juga dier x tahu, bukan rezeki dier mendapatkan aku. keh keh keh
k, stop talking about past story.

Point aku, org lelaki ni macam2 org.
Nak cari yang beriman, yang bertanggungjawab, yang baik hati, yang terima kita seadanya
susah. Sedangkan yg sayang gila babai diawal waktu, boleh bertukar wajah.
Inikan pula yang  x tahu ujung pangkal cerita?
hmm.
Perkahwinan itu satu perjudian. 

Tapi paling penting sekali.
Perkahwinan ini sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam sebuah perkahwinan, senang nya seorang suami ataw isteri mengumpul pahala
berbanding dengan mereka yang single.
Jauhhhhh lubuk hati ini berkata
"Aku ingin berkahwin kerana Allah s.w.t. Aku ingin mengumpul pahala sebanyak-banyaknya.
Aku ingin meramaikan umat Islam, mengajar mereka akan ilmu agama, menegak syiar Islam.
Mengajak mereka mencintai Islam sepertimana apa yang aku rasa sekarang. Mencinta Allah s.w.t dan kekasihNya Muhammad s.a.w sepenuh hatiku.

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengurnia. Kurniakan lah aku Jodoh sebaik2nya disisi Mu Ya Allah, yang dapat membimbing aku di dunia dan di akhirat dan dapat membahagiakan aku di dunia dan akhirat jua. Dan yang mencintai diriMu lebih daripada mencintaiku dan dapat memelihara hatiku mencintaiMu lebih daripada mencintai diriNya. Amin Ya Rabb."


p/s: Jauh sungguh aku menyimpang. Dari Cik Paghis Diva Kampung -->Orang Kaye IBM --> Kehidupan ---> Tetibe cite pasal Jodoh. Hanye Jauhari Mengenal Manikam.


No comments: