Monday 30 April 2012

Seandainya Dia masih bersama kita - Rasulullah

5.12p.m, 29 Apr 2012
Menonton di Hall
Cite "Kluang 12 Tengah Malam" di Astro Prima.
menceritakan seorg perempuan yang putus cinta lalu tersesat ke alam ghaib gara2 putus harap ngan dunia nya sendiri. Terjadi ketika menaiki kereta api dari Johor ke Kota Bharu tetapi singgah sebentar di Kluang untuk membuang air kecil. Malangnya, beliau tersesat di alam ghaib dan terpaksa memilih sama ada tinggal di alam tersebut atau kembali. Dalam pada masa yg sama terrrrrrrjatuh cinta dengan pemuda yg tersesat di alam tersebut suatu masa dulu dlm masa sehari. Miahaha..

Dah kenape aku buat sinopsis cite ni? keh keh keh

SEBAB aku EKSAITED!!!

ahaha. SEWEL.

tu la masalah aku klu tengok cite. lagi2 klu cite cinta. pergh! I'm soooo INTO it. keh keh keh.

**********************

nape ade bintang plak ni?
lain story ke ape?
kire camtu la. 
sebab, yang atas tu post mase petang tadi
skarang?
tengah malam punye post
12.54 pagi, 30 Apr 2012.
ape buat tgh mlm2 bute ni?
ntah, aku x leh pejam mata
Jiwa kosong.
kosong sgt.
Nape x ngaji?
baru tenang ati tu.
hmm.
Tapi aku perasan.
lepas solat.
aku nanges ketakutan.
aku nanges kesyukuran.
kenape takut?
aku takut akan murka Tuhanku.
sesungguhnya setinggi tinggi kesyukuran aku julang di langit.
kalau boleh setinggi mungkin
sehingga x tercapai dek akal.
aku sedar, ape yg aku ade sume milikNya.
bukan setakat nikmat yg diberikan. 
setiap satu yg ada pada aku, keliling aku
perasaan aku, sentuhan aku, pergerakan aku,
ibu aku, adik beradik aku,
kerjaya aku, 
Segala-galanya
SEMUA sekali
Semua MILIK ALLAH.
kebaikan aku, keburukan aku, kehidupan aku,
perjalanan hidup aku
Milik MUTLAK ALLAH s.w.t.
segala ujian, musibah, keindahan, kekuatan semangat
semua sekali dari 
Allah Yang MAHA BERKUASA
aku?
xde ape2.
aku ni papa kedana.
hanya Roh yang menumpang badan kurniaan Nya
mengabdikan diri kepada Nya.

A'uzubillahiminashaitonnirrajimm..
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang di rejam.

Apa yang aku ada hari ini
terlalu nikmat bagi ku
x terbalas dengan amalan yg masih x mencukupi
aku bersyukurrr.. syukur ku ini hanya milik Mu
walaupun sukar tuk ku jalani hidup ini
namun syukur aku tetap bersamaMu
indahnya nikmat Mu ini
x terungkap oleh kata2.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian Mu
dari Ujian Mu itu
ku terima Hidayah Mu
Aku bersyukur dengan HidayahMu
aku merayu
agar tidak dipesongkan hati ini dari Hidayah Mu itu
Tetapkan hati ini.
Lidah ini.
dengan Keimanan pada Mu
Peliharalah hati ini.
agar senantiasa mencintaiMu

اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
 aku amat merindui kekasihMu
Muhammad




No comments: