Saturday 14 April 2012

Rasulullah..dalam mengenang mu

5.25p.m
sedang mendengar lagu Muhasabah Cinta
kumpulan ape? aku pon x taw.
just a teaser from TheVideographerz
tapi mcm best.
Tunggu je la nnt. Seem like a song from InTeam.

Done2 tangan gatal menaip "inteam" di FB
Sedang mendengar Segenggam Tabah.
menitis air mata.
<cengeng!>
Lagu khas buat mak..

FYI.. lepas merapu kat atas tu.. terus TIDO. ahaha
ini la masalah klu nak merapu, mesti tertunda. keh keh keh

kat Hall, dengar lagu Rabbani plak
Sambil Buku "Biografi Agung Rasulullah S.A.W" di sebelah.
Nak menelaah katanye.
start nye ntah bile. baru mukadimah je.

Seriously, buku ni sgt bagus.
Buku ini lahir atas dasar CINTAKAN RASULULLAH drp penulis nya
Rusydi Ramli Al-Jauhari


"Kau Penyuluh Kegelapan,
Kau Pembimbing ke Jalan Kebenaran,
Kau Penyelamat Umat Manusia,
Kau Pembawa Rahmat,
Utusan Allah,
Kekasih Allah."

Antara bait2 kata dari penulis mengambarkan betapa agung nya
Nabi Muhammad Junjungan Mulia.

Setiap Kali Yam nek kete, perkara pertama yam capai
CD selawat.
Setiap Hari berselawat ke atas Nabi.

Dulu, yam terlupa.
Betul. Yam terlupa.
Setiap hari Yam berdoa pada Tuhan.
Mencari cinta Allah s.w.t
Tapi Yam terlupa akan cinta Rasulullah.
Satu hari, Yam dengar ceramah.
"Apakah benda di dalam rumah, yang mengingatkan kita pada Nabi kita Muhammad s.a.w"
Yam pandang kiri kanan.
Tak Ada!
Astagfirullahal azim!
Sebab tu Yam x ingat langsung.
Hanya mengharapkan selawat ke atas nabi selepas solat, sewaktu baca Yasin.
hanya berbekal sunnah dan hadis tp itu pon sambil LEWA.
BETUL. Yam mengaku.
Ya Allah, kerdil nya diri ini disisi Mu
Hinanya hamba Mu ini Ya Allah.

Terus Yam cari <apekejadah name mende alah tu, aku x ingat derrr..> hiasan kereta yg tergantung tu
Nama Muhammad & Allah.
Gantung kat cermin pandang belakang.

Allah tu Maha Besar.
Ade skali tu tengah Yam lepak dalam kereta sibuk bertweeter.
Datang seorg gadis ayu bertudung mengetuk cermin kereta Yam.
Terkujat dan terkejut.
But I'm act normally.
She laughing at me. hehehe.
Die datang jual buku2 agama tuk kanak2.
dan buku hadith2.
So Yam beli satu, di hadiahkan CD selawat by Fitri UNIC.
Since then, Yam keep on playing in my car.
Setiap kali naik kereta.
Klu dulu, Yam pasang IKIM.
Sekarang pasang CD selawat tu x berhenti2.
Tapi tepat pukul 8.10 pagi, Yam pasang IKIM kejap.
Ade doa Dhuha time tu.
Abis doa tu, confirm smpi opis. hehe.

Orang kate berselawat la di hari Jumaat.
Tapi x semestinya kite tunggu hari Jumaat baru nak berselawat kan?
Berselawat la sepanjang masa, tanda kita cintakan Rasulullah.

InnAllah hawamala ikatahu yusollu na alan nabi
Yaa aiyuhal lazi na'amanu sollu alaih
Sollu alaihi wasallimu taslima


Maksudnya, Allah s.w.t dan para malaikatnya berselawat ke atas nabi.
Haiii org2 beriman, berselawat lah kepadanya.
Dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Sedangkan Tuhan kita berselawat keatas kekasihnya.
Mengapa tidak kita?
Siapa kita?
Kita hambaNya, Kita pengikut Rasulullah s.a.w.

one more thing.
saya ni suke menyanyi.
Dalam CD selawat tu, ade lagu nasyid tuk Rasulullah kita.
dah hafal dah.hu3

"Tanggal 12 Rabiulawal.. 
lahirnya Nabi junjungan mulia
ke dunia membawa rahmat
untuk umat manusia


Ayahnya Abdullah telah kembali
menemui Tuhan Rabbul Izzati
Ibunya Aminah Tinggal sendiri
menunggu rahmat dari ilahi


Di subuh isnin yang hening
Cahaya bergemerlapan..
menyambut lahirnya Nabi
Muhammad...nama di beri


Nabi Muhammad
Nabi pilihan
Nabi Muhammad 
Nabi akhir Zaman


Tuhan utuskan untuk manusia 
pembela agama sepanjang zaman


Marilah teman kita semua
bersatu hati maju ke depan
menyambut seruan rasul mulia
membangunkan islam yang  tercinta"


Alhamdulillah.
Mari kita sama2 tambah ilmu agama.
Cari ilmu agama dan ilmu akhirat sebanyak mungkin.
Kita x tahu bila masa kita akan akhiri kehidupan kita
berapa amalan yang kita ada.
Siap sedia kah kita?

Sesungguhnya 2 mende Rasulullah tinggal kan tuk kita
Al-Quran dan As-sunnah.
Kita ikuti, kita pegang, kita amalkan.
InsyaAllah, kita x kan sesat di dunia ni.

Biar buta bahasa Inggeris,
Jangan buta agama.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

No comments: